CHERY baru-baru ini melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi, Tiggo 8 Pro (2022) di Afrika Selatan yang ditawarkan dalam dua varian:
- Distinctive - R496,900 (RM135,020)
- Executive - R546,900 (RM148,610)
* R - matawang Afrika Selatan, 'Rand'.
Afrika Selatan juga menjadi negara pertama di rantau Afrika yang menerima model itu selepas pasaran lain seperti Amerika Selatan, Rusia dan Timur Tengah. Menariknya Tiggo 8 Pro adalah antara model Chery bakal memasuki pasaran Malaysia.
BACA >>> Spesifikasi Chery Tiggo 7 Pro (2021): Lancar di Filipina, Harga Mula RM106k
BACA >>> Chery Dedah Lakaran SUV Baharu Untuk Pasaran Eropah
Berikut perincian Tiggo 8 Pro (2022) :
- Mengetengahkan rekabentuk Chery generasi baharu, dipanggil 'Movement Design', dengan gril tiga dimensi (3D) yang mengambil ilham galaksi, manakala lampu depan jenis LED matriks automatik dan lampu siang (DRL) kembar.
- Aksen krom menghiasi unit ambilan bawah bampar yang turut berfungsi sebagai plat gelincir. Kemasan krom turut menghidasi lampu kabus, gril, tingkap dan bawah pintu.
- Ada rel bumbung krom yang fungsional, rim aloi hitam dan krom 18 inci, termasuk bumbung panoramik (varian Executive sahaja).
- Menjengah ruang kabin, semua fungsi kenderaan dikawal menerusi tiga skrin, iaitu panel meter rate 12.3 inci, skrin kawalan iklim 8 inci dan unit infotainment skrin apung 10.25 inci dengan ciri Apple CarPlay, Android Auto dan kamera undur.
- Semua varian dilengkapkan sistem kawalan iklim automatik dwi-zon dengan sistem penapis udara gred N95.
- Varian Executive ditambah sistem penyaman udara untuk tempat duduk baris ketiga.
- Semua varian turut disediakan sistem pengecas wayarles, arahan suara pintar dan lapan pembesar suara bunyi keliling SONY.
- Kerusi kulit untuk semua varian (corak sulaman berlian untuk Executive). Kerusi pemandu boleh laras elektrik dengan enam tetapan, termasuk fungsi memori. Varian Executive mendapat tambahan kerusi penumpangan depan dengan fungsi sama, tetapi dalam empat tetapan, termasuk sokongan lumbar.
- Ciri dalaman lain ialah kerusi belakang boleh lipat 60:40, port USB dan soket 12V, serta lampu ambien.
- Ciri keselamatan terdiri daripada:
- 6 beg udara
- Kawalan Traksi (TCS)
- Kawalan Stabiliti Oleng (RSC)
- Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
- Varian Executive ditambah esktra ciri keselamatan seperti: Amaran Tukar Lorong (LDW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Pengecam Tanda Jalan (TSC), Kawalan Suluh Tinggi Pintar (IHC), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dan Sistem Ambil Alih Brek Kecemasan (BOW).
- Turut dilengkapkan pada semua varian ialah ciri Kawalan Jarak Parkir Belakang (PDC), terdiri daripada kamera undur dengan panduan dinamik dan pandangan 360º, fungsi tutup tingkap kawalan jauh, Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS), Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC)) dan sistem kunci pintar dengan penghidup enjin tanpa kunci.
ENJIN 1.6L TURBO
- Dijana enjin turbo suntikan-terus TGDi 1.6L yang diiktiraf dalam pertandingan enjin China Heart kerana kecekapan tenaga.
- Enjin menghasilkan 195hp @ 5,500rpm dan 290Nm @ 2,000-4,400rpm serta dipadankan transmisi dwi-klac (DCT) 7-kelajuan.
- Juga ada mod pemanduan: Standard, Eco dan Sport, termasuk mod stereng Eco dan Sport.
WARANTI
Tiggo 8 Pro dipakejkan dengan waranti enjin komprehensif 10 tahun atau 1,000,000km, manakala waranti kenderaan lima tahun atau 150,000km, termasuk bantuan jalanan lima tahun dan pakej servis komprehensif 5 tahun/60,000km.
Jika berminat mengetahui mengenai Chery di Malaysia, anda boleh layari @cherymalaysiaofficial di Facebook atau @chery.malaysia di Instagram, atau e-mel [email protected] untuk maklumat lanjut.
BACA >>> Transformasi Chery - Bakal Tukar Nama Baharu, Lantik Ketua Pereka GM
BACA >>> GAC GS3 Terjah Pasaran Malaysia, Mampukah Lawan X50, HR-V? Harga Mula RM88k!
SUMBER: CherySouthAfrica
Leave a Reply