• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 5 Punca Penyaman Udara Kereta Bising Setiap Kali Dipasang

5 Punca Penyaman Udara Kereta Bising Setiap Kali Dipasang

December 7, 2016 By Han Othman 5 Comments

6.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM penyaman udara (AC) kereta direka untuk membuatkan anda rasa sejuk dan selesa apabila memandu dalam keadaan suhu sekeliling yang panas. Ia juga direka untuk beroperasi dengan senyap dan tidak mengganggu pemanduan. Bagaimanapun, jika kereta berdetar seakan seperti bunyi gegaran apabila menghidupkan AC, kereta anda mungkin mengalami beberapa masalah.

BACA >>> 3 Masalah Penyaman Udara (A/C) Ini Dapat Dielak Jika Patuh Jadual Servis

Secara teknikal, AC kereta beroperasi dalam sistem berbeza dan dipasang pada enjin menggunakan tali sawat serpentin yang bertanggungjawab memusingkan puli (pulley) pada kompresor AC. Kemudian, kompresor AC pula akan dilekap atau dinyahlekapkan oleh klac elektromagnet supaya udara dapat disejukkan.

https://3.bp.blogspot.com/-DkUHUB9PiQw/VjvdAqwLBjI/AAAAAAAACBc/luiEwSVw53A/s1600/s10.jpg
Jika anda menghidupkan AC dan terdengar bunyi detar, penyaman udara anda mungkin mengalami:

1. KOMPRESOR

kompresor-aircon
Kompresor anda mula menunjukkan tanda kerosakan apabila mengeluarkan bunyi detar. Anda boleh mendengar dengan cara membuka bonet dan meneliti arah datangnya bunyi tersebut.

2. PULI

Jika bering puli kompresor rosak, ia boleh menyebabkan bising seperti bunyi keriut, menderam atau berkiut.

3. TALI SAWAT

https://d3vl3jxeh4ou3u.cloudfront.net/SBF%20serpentine%3Adrive%20belt.jpg
Tali sawat serpentin yang sudah haus akan teranjak apabila kompresor melekap, sekali gus menyebabkan bunyi bising.

4. PULI LAHU (IDLER PULLEY)

Bunyi bising apabila penyaman udara dihidupkan boleh jadi berpunca daripada puli lahu disebabkan kerosakan bering. Biasanya, bunyi bising mula terdengar apabila kompresor diaktifkan kerana beban ke atas enjin sudah bertambah.

5. KLAC KOMPRESOR

klac-kompresor
Klac kompresor ialah alat ganti yang lasak. Jika haus, ia boleh menyebabkan bunyi detar semasa penyaman udara beroperasi. Penyelesaiannya, sesetengah kenderaan cuma perlu menggantikan klac, dan ada sesetengah kenderaan lain memerlukan anda menggantikan klac dan kompresor.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Penyaman Udara dengan Kawalan Suhu (Climate Control)?

Sebenarnya, ada banyak punca kereta anda berbunyi apabila AC dihidupkan. Ingat, apabila AC diaktifkan, enjin kereta sedang berada dalam situasi terbeban. Justeru beban itulah yang boleh menyebabkan bunyi detar daripada benda-benda seperti puli pam stereng kuasa dan alat-alat ganti yang sudah haus dan lusuh. Malah, bonet longgar juga boleh mengalami detaran yang disebabkan getaran dihasilkan operasi AC.

SUMBER: Your Mechanic

Related

6.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: aircon kereta, autotainment, penyaman udara kereta, punca aircon bising, punca penyaman udara bising

Comments

  1. maha says

    February 28, 2018 at 8:52 PM

    boleh tahan. banyak yang masuk ke otak

    Reply
  2. mbr says

    May 22, 2018 at 11:09 AM

    dapat ilmu baru pasal kompressor aircond nie..terima kasih..

    Reply
  3. Farid87 says

    February 19, 2019 at 6:10 PM

    Sy pakai kerete vios thn 2014 dan masalah sy skrng nie adlah..tiap kali sy on kn ac trdpat bunyi sprti kipas yg di mne mngikut tahap 1 xbrp dgr sgt thap 2 kuat sdikit 3 dan 4 mmg kuat dan kurang mnyenamkn la..ia ny bunyi di bhgian dlm kerete sy.. ape sbnr ny mslah ye..

    Reply
  4. Hery says

    February 24, 2019 at 3:08 PM

    Itu bunyi blower aircond trletak bawah laci dashbord

    Reply
  5. Gibbs says

    December 6, 2019 at 2:13 AM

    Salam semua, bunyi cengkerik apabila AC on. Apakah solusi,
    Jika of AC bunyi tiada. Boleher share

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev