• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CEO MV Agusta Malu Putin Serang Ukraine, Anggap Presiden Sendiri Sebagai Jijik

CEO MV Agusta Malu Putin Serang Ukraine, Anggap Presiden Sendiri Sebagai Jijik

March 3, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AHLI perniagaan terkenal Rusia, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta, Timur Sardarov mengkritik tindakan Moscow menceroboh Ukraine.

Malah, Sardarov tanpa berselindung mengecam Rusia dan Presiden Vladimir Putin dengan melabel beliau sebagai ‘berfikiran sempit, iri hati dan kejam’ kerana melancarkan perang ke atas negara jiran Ukraine.

BACA >>> MV Agusta Masuk MotoGP Sembilan Tahun Lagi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Timur Sardarov (@sardarovtimur)

Sardarov yang menggantikan dinasti Claudio Castiglioni di MV Agusta sejak 2018 berasal dari keluarga ternama di Rusia dan menjadi tokoh penting dalam industri motosikal negara itu.

Sebelum ini, beliau memuat naik beberapa kenyataan dengan mesej keamanan terhadap pencerobohan Rusia pada 25 Februari lalu. Akhirnya Sardarov menyatakan pendirian terhadap tindakan serangan seorang Presiden yang digambarkan sebagai ‘pendendam dan penipu yang paranoid’.

TIMUR SARDAROV (2)
mv-agusta-logo

Sardarov berkata;

Saya tidak pernah berasa begitu teruk dalam kehidupan sendiri. (Saya) rasa amat jijik, malu dan dikhianati dengan tindakan perang dahsyat, bodoh dan kejam, dilakukan penipu paranoid, berfikiran sempit, pendendam, kejam dan iri hati, yang membenci rakyatnya sendiri dan merasakan dia boleh jajah jiran kami, negara dengan 44 juta penduduk yang memiliki Kerajaan menerusi proses demokrasi.”

“Suatu ketika dulu mereka (Ukraine) kawan terbesar kami, sedangkan (kami) menyeksa mereka lebih lapan tahun! Rakyat Rusia belum pernah dikhianati mana pemimpin dalam sejarah (negara) dibanggakan, panjang dan sukar. Dia tidak mewakili kami dan kami akan campak dia ke sisa sejarah!”

Tindakan Rusia melancarkan perang ke atas Ukraine mengundang kecaman antarabangsa hingga dikenakan beberapa sekatan perniagaan (ekonomi).

Rusia bukan penyumbang utama dalam industri motosikal global, tetapi berharap disenaraikan dalam kalendar Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 di Litar Igora Drive. Bagaimanapun, susulan serangan ke atas Ukraine, acara Kejuaraan Formula Satu (F1) Rusia dibatalkan serta-merta dan impian menganjurkan MotoGP mungkin mengalami nasib sama.

BACA >>> Krisis Perang Rusia-Ukraine, Pengeluaran BMW Terjejas Akibat Masalah Komponen
BACA >>> Pengeluar Itali Tamatkan Perang Hadkan Halaju Motosikal Selepas Era Hayabusa
BACA >>> #TahukahAnda: Rahsia Ular Telan Manusia dalam Logo Alfa Romeo dan Kaitan Perang Salib

SUMBER: VisorDown

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, Claudio Castiglioni, GP F1 Rusia, Kejuaraan Dunia MotoGP 2023, Litar Igora Drive, MV Agusta, roda2, Rusia-Ukraine, Timur Sardarov, Vladimir Putin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev