BOON Siew Honda (BSH) melancarkan supermoped RS150R (2022) versi dipertingkat (facelift) yang hadir dengan beberapa perubahan terkini, termasuk pilihan warna baharu.
Pengenalan terbaharu itu datang dengan harga asas tanpa insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran RM8,299 seunit, iaitu naik RM100 berbanding versi facelift 2020.
BACA >>> Honda RS150R (2020) Facelift yang Lebih Sporty Rasmi Dilancarkan, Harga Mula RM8.2k
BACA >>> Honda RS150R (2018) Kini Lebih Garang dan Sporty - Yamaha Y15ZR Diminta Bertenang!
Berikut perincian RS150R (2022) facelift:
- Ada tiga warna pilihan dengan rekaan liveri baharu: Vivacity Red Pearl (merah), Nightfall Blue Radiate (biru) dan Grey Metallic (kelabu).
- Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 149.16cc DOHC penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 15.8hp @ 9,000rpm dan tork 13.6Nm @ 7,000rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Enjin kini patuh Euro4. Sebagai perbandingan, model 2022 menerima tambahan kuasa 0.4hp berbanding model 2020.
- Ada mufler baharu yang lebih menarik yang menyerlahkan imej sporty berbanding model terdahulu.
- Ciri lain sama seperti model 2020, iaitu lampu utama LED dan panel meter LCD digital penuh.
- Sistem brek cakera tunggal untuk roda depan dan belakang.
- Berat 119kg, manakala sistem suspensi jenis fork teleskopik konvensional di depan dan monoshock di belakang.
- Waranti masih sama, iaitu 2 tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu).
BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?
BACA >>> Honda Winner X (2022) Vietnam Tiada Lagi Signal Capang, Harga Mula RM8.4k!
BACA >>> Honda Jepun Buka Tempahan CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary, Harga Mula RM102k!
Leave a Reply