• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Krisis Perang Rusia-Ukraine Jejas Pengeluaran BMW

Krisis Perang Rusia-Ukraine Jejas Pengeluaran BMW

March 3, 2022 By Shawkath Leave a Comment

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW akan menghentikan sementara aktiviti pengeluaran di beberapa kilang utama menjelang minggu depan disebabkan masalah bekalan komponen dari Ukraine.

Kilang terlibat ialah Munich dan Dingolfing di Jerman serta kilang pembuatan model MINI di Oxford, England. Selain itu, fasiliti penghasilan trenkuasa BMW di Steyr, Austria juga bakal direhatkan sementara. Kilang lain di Leipzig dan Regensburg, Jerman pula akan menyusun semula syif pembuatan kenderaan.

BACA >>> 5 Fakta Menarik Antonov AN-225, Pesawat Terbesar Dunia di Ukraine yang Dimusnahkan Rusia

Walaupun semua kilang terletak jauh dari zon pencerobohan Rusia di Ukraine, BMW sebenarnya bergantung kepada bekalan komponen abah-abah pendawaian dari firma vendor di barat Ukraine.

Jurucakap BMW berkata;

Konflik di Ukraine ada kesan terhadap pengeluaran industri pembekalan di sana (Ukraine). Ini menyebabkan gangguan pengeluaran yang akan menjejas perubahan pembuatan dan gangguan di beberapa kilang BMW.”

Laporan Automotive News Europe mendakwa komponen abah-abah dibekalkan syarikat kabel Jerman, Leoni yang memiliki dua kilang pembuatan di Ukraine. BMW juga menubuhkan satu pasukan krisis untuk menguruskan gangguan akibat konflik di Ukraine.

Menurut Leoni, kapasiti pengeluaran di kilang lain sedang dipertingkat untuk mengurangkan impak masalah pengeluaran. Bagaimanapun, BMW sedang berbincang dengan pembekal lain untuk memperoleh komponen diperlukan. Jurucakap Leoni berkata;

Logistik keluar dan masuk di Ukraine kini satu cabaran disebabkan keadaan huru-hara di kawasan sempadan dengan Kesatuan Eropah (EU).”

Selain BMW, ada beberapa pengeluar automotif lain turut mengambil langkah sementara menghentikan pengeluaran dan langkah proaktif akibat krisis Rusia-Ukraine seperti:

  • Kilang pembuatan Volkswagen di Zwickau dihentikan bermula Selasa-Jumaat. Kilang di Dresden ditutup dari Rabu hingga Jumaat.
  • Penghantaran unit tempahan juga terjejas untuk beberapa model elektrik Audi, Cupra dan Volkswagen.
  • Pembeli Rusia turut menerima tempias konflik apabila GM, Jaguar-Land Rover dan BMW Group bakal menggantung eksport kenderaan ke Rusia.

BACA >>> Bukan 3, Tapi 7 Kenderaan Dilanggar, Pemandu BMW Rupanya Sakit Mental!
BACA >>> Terbabas Masuk Parit, Pemandu Maut Tersepit Bawah BMW
BACA >>> Pemilik BMW 'KAYR4' Mengaku Salah, Bayar Saman di Balai, Kes Selesai!

SUMBER: CarScoops

Related

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, BMW Jerman, Krisis Perang Ukraine-Rusia, Masalah Bekalan Komponen, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my