• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isu Masalah Sensor Radar : Toyota Panggil Balik Lebih 36,000 Unit C-HR (2021) Di AS

Isu Masalah Sensor Radar : Toyota Panggil Balik Lebih 36,000 Unit C-HR (2021) Di AS

March 3, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

TOYOTA memanggil balik lebih 36,000 unit C-HR SUV kerana ada dua ciri teknologi bantuan keselamatan pada kenderaan utiliti sukan (SUV) itu mungkin gagal berfungsi dan boleh menyebabkan kemalangan berlaku.

Dua ciri itu ialah Amaran Pelanggaran Depan (FCW) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB). Berdasarkan laporan, sensor radar yang digunakan kedua-dua sistem itu mungkin belum diaktifkan semasa proses pembuatan kenderaan di kilang.

BACA >>> Segala Tentang Panggil Balik (Recall) yang Perlu Anda Tahu

Ini menyebabkan FCW dan AEB mungkin tidak berfungsi dan tiada lampu atau mesej amaran dipapar kepada pemandu untuk menyatakan sistem tersebut tidak berfungsi.

Jika masalah ini berlaku, ciri bantuan keselamatan termaju itu berkemungkinan tidak dapat membantu atau mengurangkan kerosakan teruk ketika pemandu terlibat dalam kemalangan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Recall Kereta yang Perlu Anda Tahu? Apakah Pula TSB?

Ini perincian kempen panggilan balik Toyota di Amerika Syarikat (AS)

Kenderaan Terlibat

  • Sebanyak 36,558 unit Toyota C-HR SUV edisi 2021 yang dihasilkan antara 12 Jun 2020 dan 26 Julai 2021.
  • Toyota menjangkakan hanya 0.03 peratus kenderaan atau 11 unit SUV dipanggil balik itu ada masalah radar tidak berfungsi.

Punca Masalah

  • Semasa proses pemasangan dan pengeluaran, petugas Toyota gagal menyempurnakan kerja-kerja mengaktifkan sensor radar dalam SUV terlibat.
  • Tindakan itu memberi kesan kepada sistem FCW atau AEB yang bergantung kepada bantuan radar sensor dan seunit kamera.
  • Kesannya, sistem keselamatan mungkin gagal berfungsi mengurangkan, mencegah atau memberi amaran kepada pemandu mengenai risiko rempuhan.
  • Panggilan di Amerika Syarikat dibuat selepas Toyota sedang menyiasat masalah sama di Jepun.

Langkah Penyelesaian

  • Pengedar-pengedar Toyota akan memeriksa dan jika perlu, mereka akan mengaktifkan sistem radar. Tiada caj dikenakan.
    Panggilan balik akan bermula 11 April 2022 dan pelanggan terjejas akan dihubungi melalui surat.

BACA >>> Kajian: Toyota Paling Kerap Recall di UK
BACA >>> Kajian: Sistem Bantuan Pemandu Kurang Berkesan Jika Pandu Ketika Hujan
BACA >>> #RetroAuto: Kenapa Ada Negara Pandu Sebelah Kiri, Ada Sebelah Kanan?

SUMBER: ConsumerReports

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Kempen Panggilan Balik, Roda4, Toyota CH-R (2021), Toyota Recall

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev