• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tol Tak Naik Tahun Ini!

Tol Tak Naik Tahun Ini!

March 2, 2022 By Farah Leave a Comment

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) memaklumkan Kerajaan  bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol tahun ini (2022) seperti yang diaplikasi pada 2021.

Pada tahun lalu, tiga lebuh raya sepatutnya dijadualkan mengalami kenaikan kadar tol, tetapi ditangguhkan Kerajaan bagi tempoh 1 Januari-31 Disember 2021. Penangguhan kadar tol itu turut melibatkan 26 lebuh raya lain.

BACA >>> Tiada Lagi Plaza Tol, Pakar Positif RFID Mampu Kurangkan Kesesakan Lebuh Raya

Menurut KKR;

Kerajaan memutuskan menstrukturkan semula kadar tol dan ini akan dirundingkan dengan syarikat konsesi lebuh raya dan mesti dimuktamadkan sebelum 2023.

"Sepanjang tempoh rundingan, kadar tol yang diwartakan dikekalkan dan penangguhan kenaikan kadar tol akan diteruskan untuk 2022."

Penjelasan itu dibuat bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menyoal KKR mengenai status kenaikan tol yang ditangguhkan pada 2021, sama ada dilaksanakan pada 2022 atau tidak.

PERLU BAYAR PAMPASAN JIKA TOL RENDAH

RFID PLUS

Menurut KKR lagi, berdasarkan perjanjian konsesi yang dipersetujui bersama, jika Kerajaan mahu melaksanakan tambang tol lebih rendah daripada kadar dipersetujui atau memansuhkan kutipan tol, Kerajaan perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

Tahun lalu, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan Kerajaan memutuskan menangguhkan kadar kenaikan tol selepas mengambil kira kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat krisis wabak Covid-19. Tiga lebuh raya yang sepatutnya mengalami kenaikan kadar tol ialah:

  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)
  • Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)

BACA>>> Mana Boleh Lebuh Raya Tak Ada Tol - Tun M
BACA>>> #Bajet2019: Kenaikan Tol Lebuh Raya dalam Bandar Dibekukan - Bila Nak Mansuh?

SUMBER: TheStar

Related

136
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Fadillah Yusof, Gobind Singh Deo, kadar tol, Kadar Tol 2022 Kekal, Kementerian Kerja Raya, Lebuh Raya, Menteri Kerja Raya, tol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my