• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Dapat Projek Bangunkan Enjin 5.0L V8 untuk Toyota, Guna Hidrogen!

Yamaha Dapat Projek Bangunkan Enjin 5.0L V8 untuk Toyota, Guna Hidrogen!

March 4, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

624
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HALA tuju kenderaan mesra alam diambil Toyota memang menarik. Pengeluar dua roda itu bukan setakat menumpukan perhatian pada teknologi hibrid dan elektrik, tetapi juga hidrogen.

Terbaharu Yamaha Motor ditugaskan Toyota Motor Corporation membangunkan enjin 5.0L V8 yang menggunakan hidrogen penuh. Kerjasama itu adalah perkara biasa kerana dua gergasi automotif itu sudah kerap bekerjasama dalam bidang kejuruteraan.

BACA >>> Yamaha, Kawasaki Jalin Kerjasama Bangunkan Trenkuasa Hidrogen
BACA >>> Toyota Tayang GR Yaris Guna Hidrogen!

toyota-logo
yamaha-logo

Yamaha sebenarnya sudah mula membangunkan enjin hidrogen untuk kereta sejak lima tahun lalu. Pada November tahun lalu, lima syarikat, Kawasaki Heavy Industries, Subaru Corporation, Toyota Motor Corporation, Mazda Motor Corporation dan Yamaha Motor mengumumkan akan memulakan perbincangan menjalankan penyelidikan secara bersama.

Objektifnya, meneroka peluang menambah pilihan bahan bakar untuk enjin pembakaran dalaman ke arah mencapai misi karbon neutral.

Ketika pengumuman tersebut dibuat, enjin V8 hidrogen (seperti dalam gambar) yang dibangunkan Yamaha untuk Toyota turut ditayangkan kepada umum dengan perincian seperti berikut:

  • Unit enjin dibangunkan berasaskan enjin 5.0L daripada coupe Lexus RC F dengan ubah suai dilakukan ke atas unit injektor, kepala silinder, manifold masukan dan sebagainya.
  • Menghasilkan kuasa 455hp @ 6,800rpm dan tork maksimum 540Nm @ 3,600rpm.

Pegawai bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Yamaha, Takeshi Yamada berkata, enjin hidrogen dibangunkan Yamaha mempunyai keistimewaan tersendiri. Awalnya, masing-masing skeptikal dengan kemampuan enjin berkenaan, tetapi akhirnya keluar dari kereta dengan senyuman lebar selepas selesai memandu.

Enjin V8 hidrogen.01
Enjin V8 hidrogen.02

Yamada dan pasukannya juga mengakui proses pembangunan mengambil konsep Kanno Seino, iaitu prestasi sensual atau menyeronokkan. Sebagai contoh, bunyi ekzos harmonik dapat dilontarkan dari manifold ekzos 8-1.

Yamaha dan Toyota masih belum memperincikan aspek teknikal dalam makluman awal itu, tetapimenarik untuk diketahui mengenai keupayaan hidrogen berfungsi sebagai bahan bakar.

BACA >>> Toyota Camry 2.5V (2022) Facelift dengan Kuasa 206hp Kini di Malaysia, Harga RM199k
BACA >>> 5 Ciri Menarik Toyota Noah, Voxy (2022) Baharu, Harga Mula RM97k!

Related

624
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, enjin hidrogen, Hidrogen, Kanno Seino, Lexus RC F, Takeshi Yamada, Toyota, Toyota Motor Corporation, Yamaha, Yamaha Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev