• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hatchback EV, Hyundai Ioniq 5 (2022) Buka Tempahan di Malaysia, Lancar Bulan Ini!

Hatchback EV, Hyundai Ioniq 5 (2022) Buka Tempahan di Malaysia, Lancar Bulan Ini!

March 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

429
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WAKIL pengedar kenderaan Hyundai di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kini membuka tempahan kereta elektrik penuh Ioniq 5 yang bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan, bulan ini.

Ioniq 5 ialah kenderaan elektrik penuh kedua Hyundai yang ditawarkan ke pasaran domestik selepas Kona Electric dengan deposit tempahan cuma RM1,000, dan boleh dibuat menerusi rangkaian pengedar rasmi Hyundai seluruh negara.

BACA >>> Hyundai Kona EV - Cas Penuh Mampu Jelajah 300-500km
BACA >>> HSDM Bakal Lancar 2 Varian Hyundai Kona Electric, Anggaran Harga RM150k


Berikut perincian Ioniq 5:

  • Ada beberapa pilihan trenkuasa elektrik bagi memenuhi kepelbagaian keperluan pelanggan.
  • Pelanggan ditawarkan dua opsyen pek bateri: 58kWh atau 72.6kWh.
  • Ada dua pilihan tetapan motor elektrik, iaitu dua unit motor pada gandar depan, termasuk gandar belakang, atau seunit motor pada gandar belakang.
  • Semua varian menawarkan jarak pemanduan luar biasa dengan kelajuan maksimum 185kmj.
  • Menggunakan bonet tiram (clamshell) pertama Hyundai bagi mengurangkan ruang kecil antara panel dan meningkatkan aerodinamik kenderaan.
  • Bampar depan bentuk 'V' dengan ciri lampu siang (DRL) LED.
  • Ada aksen piksel kecil pada belakang kenderaan.
  • Rekabentuk depan dan belakang nampak seperti disepadukan menerusi pintu kenderaan. (rekaan Parametric Dynamics Hyundai)
  • Hendal pintu jenis auto flush untuk imej sisi lebih kemas dan bersih, selain menambah baik aspek aerodinamik.
  • Pilar-C (belakang) lebih lebar dan besar seperti digunakan model konsep Hyundai 45 EV.
  • Dibina berasaskan arkitektur BEV - Platform Modular Global Elektrik  (E-GMP) Hyundai.
  • Saiz rim 20 inci.
Ioniq 5 sudah pun menjengah pasaran negara lain.

Satu kotak tersimpan Ioniq 5 akan ditempatkan di pusat beli-belah 1 Utama Shopping Centre di bahagian Centre Court (tingkat bawah) bermula 2 Mac hingga 6 Mac ini.

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata;

Hyundai dijangka menerajui segmen kenderaan elektrik di Malaysia dengan lebih banyak model kenderaan elektrik akan diperkenalkan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Model Kona Electric diperkenalkan tahun lalu dan semua unit kiriman pertama sudah dijual. Kami jangka sambutan untuk Ioniq 5 melepasi permintaan terhadap Kona Electric.”

Selain premis pengedar rasmi, pelnggan boleh membuat tempahan secara atas talian menerusi platform Click to Buy. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Hyundai di 1300-13-2000 atau layari laman web  www.hyundai.com.my.

Related

429
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 1 Utama Shopping Centre, Hatchback Elektrik, Hatchback EV, Hyundai ‘45’ EV, Hyundai Ioniq 5 (2022), Hyundai-Sime Darby Motors, Jeffrey Gan, kereta elektrik, Platform Modular Elektrik Global  (E-GMP) Hyundai, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my