• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen ID. Buzz - Jelmaan Van Ikonik Kombi Bakal Diperkenal!

Volkswagen ID. Buzz - Jelmaan Van Ikonik Kombi Bakal Diperkenal!

March 6, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN Beetle, Volkswagen ada sebuah lagi model ikonik iaitu van Kombi yang turut dikenali sebagai Transporter dan Microbus.

Seperkara menarik, van klasik itu juga mempunyai nama timangan mengikut negara. Misalnya, di Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Bus, dan Britain (Camper), manakala Jerman, Bulli.

BACA >>> #RetroAuto: Kenapa Volkswagen Beetle, Microbus Lama Ada Pasu Bunga?
BACA >>> Polis Siasat Kes Pemandu Saga Buka Silat Belasah Pemandu Van Sampai Terkulai

Lagi mengenai nama, asas Kombi ialah Volkswagen Type 2 (foto atas) yang merujuk kepada model kedua Volkswagen selepas Type 1 atau Beetle. Malah, Transporter masih dikeluarkan hingga kini dengan model generasi ketujuh (T7/Multivan) diperkenalkan pada Jun 2021.

Cuma imej kenderaan gaya hidup sudah hilang kerana Transporter lebih cenderung kepada kenderaan komersial. Sebaliknya, Multivan yang baru diperkenalkan pula dilihat berbeza dengan imej moden dan premium.

Kembali meneroka imej gaya hidup seperti dahulu, Volkswagen bakal memperkenalkan ID. Buzz pada 9 Mac ini. Sebelum diperkenalkan, Volkswagen sempat berkongsi gambar model itu dalam imej samaran.

Dari gambar itu, penampilan ID. Buzz memang nampak meyakinkan untuk menambat hati pelanggan. Pemilihan latar belakang pantai pula seakan mahu mengimbas kenangan Kombi. Program pembangunan mengambil masa lama yang mana model konsep kali pertama ditayangkan   di Pameran Motor Detroit pada Januari 2017.

Tempoh lima tahun pembangunan bakal berakhir kerana bukan setakat satu, tetapi ada dua model ditayangkan serentak pada Mac ini iaitu ID. Buzz 5-kerusi dan van Buzz Cargo.

Berikut fakta mengenai ID. Buzz:

  • Dijana trenkuasa elektrik, dan kini dalam fasa akhir ujian prototaip.
  • Model prapengeluaran sedang diuji di Eropah di pelbagai lokasi seperti Barcelona, Paris, London, Amsterdam, Copenhagen, Hamburg dan Hannover.
  • Mengetengah gaya model konsep 2017 yang dijadikan model model pengeluaran.
  • Membawa elemen gaya model asal Kombi seperti anjur (overhang) pendek, pembahagian rekabentuk atas dan bawah, serta wajah bentuk V.

  • Dibina dalam konfigurasi pacuan roda belakang (RWD), sama seperti model asal dengan menggunakan platform MEB (Modular Electric Drive Kit).
  • Bateri dengan kuasa bersih 77kWh, manakala motor elektrik 150kW yang menghasilkan tork maksimum 310Nm.
  • Kelajuan maksimum dihadkan kepada 145kmj.
  • Memiliki kapasiti but 1,121 liter dengan semua kerusi boleh duduk.
  • Kapasiti muatan maksimum ID. Buzz Cargo dengan dinding pembahagi ialah 3.9 meter persegi.
  • Pengeluaran bermula penggal pertama 2022 sebelum dilancarkan di Eropah September nanti.
  • Juga akan ditawarkan di AS.

Jika ID. Buzz mengambil masa lima tahun dibangunkan, sejarah van Volkswagen dengan trenkuasa elektrik adalah lebih lama. Pada 1972, Volkswagen pernah mempamerkan van T2 dengan motor elektrik di belakang di Pameran Perdagangan Hannover.

Model prototaip itu boleh dipandu sejauh 85km, tetapi teknologi bateri pada masa itu belum sesuai untuk kegunaan biasa. Kini selepas lima dekad, Volkswagen sudah bersedia menawarkan pelbagai model elektrik dan van Kombi diberi penghormatan melakukannya.

BACA >>> Volkswagen Golf R Mk8 (2022) Tiba di Malaysia, Harga RM356k!
BACA >>> Volkswagen Dedah Foto Awal Amarok Baharu, Kongsi Enjin, Platform Ford Ranger!

Volkswagen ID. Buzz.01
Volkswagen ID. Buzz.02
Volkswagen ID. Buzz.03
Volkswagen ID. Buzz.04
Volkswagen ID. Buzz.06
Volkswagen ID. Buzz.07
Volkswagen ID. Buzz.08
Volkswagen ID. Buzz.09
Volkswagen ID. Buzz.10
Volkswagen ID. Buzz.11
Volkswagen ID. Buzz.12
Volkswagen ID. Buzz.13
Volkswagen ID. Buzz.14

Related

151
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Buzz Cargo, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Buzz Cargo, Volkswagen ID. Buzz, vw, VW ID. Buzz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev