RAMAI pengeluar meluaskan perniagaan pembuatan motosikal elektrik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah perkhidmatan penghantaran restoran makanan segera juga sudah beralih kepada skuter elektrik.
Dalam sukan lumba motosikal pun kini sudah ditawarkan kelas motosikal elektrik menerusi MotoE. Namun, mungkin masih ada belum tahu mengenai cerita 'Suzuki Hayabusa' elektrik.
BACA >>> Ducati Dedah Prototaip Jentera Elektrik MotoE untuk Saingan MotoGP 2023
BACA >>> KTM Bangunkan Motosikal Elektrik Aras Mula, Dijangka Lancar 2024
Kisahnya popular sekitar 11 tahun lalu pada era kereta elektrik masih sukar ditemui. Bagaimanapun, 'Hayabusa' elektrik itu bukan buatan Suzuki, tetapi Chip Yates dan pasukannya.
Laporan Cycleworld pula pernah menyatakan motosikal itu sebenarnya dibangunkan menggunakan frem Suzuki GSX-R750 manakala Asphalt and Rubber melaporkan gayanya seakan Hayabusa.
Dipanggil SWIGZ, superbike itu dibina lebih sedekad lalu yang boleh dikategorikan sebagai motosikal ‘berkuasa bateri’. Ini kerana hampir setiap sudut motosikal, daripada ruang tangki minyak, bawah pelana hingga tambahan fairing kotak pada bahagian belakang dipasangkan bateri.
Portal Moto IT melaporkan semua komponen trenkuasa asal 'Hayabusa' ditanggalkan untuk memasukkan peranti kawalan arus dan trenkuasa elektrik, serta unit bateri kecil berbentuk silinder.
Yates dikatakan mahu membuktikan motosikal elektrik mampu menandingi jentera petrol dalam Kejuaraan Superbike AMA. Misi itu dianggap luar biasa jika mengambil kira senario cabaran dan teknologi sekitar 2011.
Malah, saiz bateri, motor elektrik dan komponen elektrik lain bersaiz besar dan berat pada zaman tersebut. Kemajuan teknologi elektrifikasi pada masa itu juga tidak sepantas 2020.
Justeru bagi memastikan SWIGZ cukup berkuasa, Yates mengetahui bahagian di sebalik fairing tidak menyediakan ruang untuk jumlah bateri diperlukan. Itu memaksa dia membina kotak simpanan pada ekor belakang SWIGZ.
Dari segi rekabentuk, mungkin nampak seperti motosikal kurier. Yates juga menemui cara menjana semula kuasa untuk mengecas bateri dengan tambahan Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS) pada roda depan. Setiap kali motosikal membrek, tenaga kinetik akan dijana dan disimpan dalam pek bateri.
Superbike elektrik itu melakukan debut pada Januari 2011 dengan membantu Yates memenangi tempat kedua dan ketiga (dua perlumbaan) di WERA AutoClub Speedway. Khabarnya, SWIGZ mampu menghasilkan kuasa setinggi 240hp! Yates juga mengambil bahagian di Pikes Peak dan mencipta beberapa rekod seperti kelajuan 307km di Mojave pada April 2011.
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?
BACA >>> Triumph TE-1 - Sportbike Elektrik 174hp Sedia untuk Ujian Jalan Raya, Trek
Siguiendo la cuenta atrás de @JesSanSan #Faltan 89 dias para Qatar 2015 y nos lo recuerda @chipyates89 pic.twitter.com/CaMXAuCkTc
— Martin Sanchez (@MartinoMoto) December 27, 2014
SUMBER: MotoIT
Leave a Reply