• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Modenas Skuter Karisma 125S (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.3k!

Modenas Skuter Karisma 125S (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.3k!

February 24, 2022 By Shawkath Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODENAS sebentar tadi melancarkan skuter terbaharu Karisma 125S (2022) dengan menampilkan rekabentuk segar, dan berteknologi moden yang ditawarkan pada harga asas RM5,397.

Karisma adalah antara produk awal yang membantu Modenas meneroka segmen skuter sekitar 2003. Malah Karisma juga satu-satunya model skuter jenama itu yang mendapat sambutan hingga kini.

BACA >>> Modenas-Ninja 250 CKD Debut Suku Pertama 2022, EMOS-Kawasaki Mula Operasi Tahun Depan

Ketibaan model baharu mampu menempatkan Karisma 125S (2022) setanding pencabar dari Jepun dalam segmen skuter 125cc.  Berikut perincian skuter tersebut:

WARNA

Bike 8
Bike 8
Bike 8
modenas-logo
  • Ada tiga pilihan warna: Mystic Red (merah), Duchess Gold (emas) dan Aqua Blue (biru).

TRENKUASA

  • Dijana trenkuasa patuh Eur04, 4-lejang silinder tunggal 124.8cc SOHC penyejukan udara dan sistem suntikan bahan api (FI), berkuasa 9.38hp @ 7,500rpm dan tork 10Nm @ 6,000rpm.
  • Transmisi automatik CVT, dan mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

BACA >>> #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?

REKABENTUK

Bike 2
Bike 6
  • Mengetengahkan rekabentuk futuristik, sporty dan moden yang setanding model dari Jepun dengan grafik badan menarik.
  • Sistem lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu signal belok dan lampu brek, termasuk lampu siang (DRL) yang diposisikan atas lampu utama.
  • Hadir dengan fungsi lampu kecemasan (hazard lights), iaitu semua lampu signal belok berkelip serentak yang berguna ketika kecemasan.
  • Panel meter analog untuk spidometer, manakala skrin digital kecil memaparkan maklumat tunggangan seperti baki petrol.
  • Kapasiti tangki minyak 5.1 liter.
  • Sistem kunci disepadukan dengan kunci pelana, manakala ruang simpanan bawah pelana seluas 14 liter.
  • Juga disediakan dua ruang storan kecil pada ruang kokpit bawah hendal. yang disertakan port USB untuk mengecas telefon pintar ketika menunggang.
  • Frem jenis underbone, manakala sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan absorber di sebelah kiri belakang.
  • Rim aloi 14 inci dibalut tayar 80/90 (depan) dan 90/90 (belakang).
  • Sistem brek menggunakan cakera tunggal di depan dan dram di belakang. Bagaimanapun, skuter ini tidak dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau Sistem Brek Kombi (CBS). Mungkin atas faktor kos.
  • Memiliki dimensi panjang 1,890mm, lebar  850mm, dan tinggi 1,150mm. Berat bersih pula 108kg.
  • Tinggi pelana 760mm. Jarak roda 1,250mm dan jarak lega bumi 120mm.
  • Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu).
  • Akan mula dijual wakil pengedar pada 26 Februari ini.

BACA >>> #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
BACA >>> #TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

MODENAS KARISMA 125S AQUA BLUE - 0
MODENAS KARISMA 125S AQUA BLUE - 4
MODENAS KARISMA 125S AQUA BLUE - 1
MODENAS KARISMA 125S AQUA BLUE - 7
MODENAS KARISMA 125S AQUA BLUE - 3
MODENAS KARISMA 125S AQUA BLUE - 5
MODENAS KARISMA 125S AQUA BLUE - 2
MODENAS KARISMA 125S AQUA BLUE - 6
MODENAS KARISMA 125S DUCHESS GOLD - 1
MODENAS KARISMA 125S DUCHESS GOLD - 4
MODENAS KARISMA 125S DUCHESS GOLD - 0
MODENAS KARISMA 125S DUCHESS GOLD - 7
MODENAS KARISMA 125S DUCHESS GOLD - 3
MODENAS KARISMA 125S DUCHESS GOLD - 5
MODENAS KARISMA 125S DUCHESS GOLD - 2
MODENAS KARISMA 125S DUCHESS GOLD - 6
MODENAS KARISMA 125S MYSTIC RED - 1
MODENAS KARISMA 125S MYSTIC RED - 5
MODENAS KARISMA 125S MYSTIC RED - 2
MODENAS KARISMA 125S MYSTIC RED - 0
MODENAS KARISMA 125S MYSTIC RED - 4
MODENAS KARISMA 125S MYSTIC RED - 6
MODENAS KARISMA 125S MYSTIC RED - 3
MODENAS KARISMA 125S MYSTIC RED - 7

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Modenas, Modenas Karisma 125S (2022), roda2, skuter, Skuter 125cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev