• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Skil Drebar Lori Elak Langgar Penunggang Tergelincir Jatuh Buat Netizen 'Respek'!

Skil Drebar Lori Elak Langgar Penunggang Tergelincir Jatuh Buat Netizen 'Respek'!

February 24, 2022 By Farah Leave a Comment

611
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEMI menyelamatkan nyawa seorang penunggang motosikal yang tergelincir seorang pemandu lori sanggup membahayakan diri dengan berusaha mengelak dari menggilis mangsa.

Rakaman insiden itu kebetulan dirakam kamera pemuka (dashcam) milik pemandu yang berada di laluan paling kiri.

Dalam klip video itu, sebuah motosikal yang berada di lorong tengah tiba-tiba hilang kawalan dan tergelincir hingga menyebabkan penunggangnya terjatuh dan berguling beberapa kali atas jalan.

Tidak lama kemudian muncul sebuah lori dari belakang yang membelok laju ke kiri, betul-betul di depan kenderaan perakam, dipercayai cuba mengelak daripada terlanggar penunggang berkenaan.

Cubaan mengelak mengejut itu menyebabkan lori tersebut nyaris terbalik selepas melanggar bahu jalan sebelum pemandunya  hilang kawalan ke tengah jalan dan melanggar pengadang jalan secara melintang. Apa menakjubkan, tiada sebarang perlanggaran sesama kenderaan berlaku, sama ada kenderaan perakam, motosikal mangsa, dan kenderaan pelvagai guna (MPV) yang hampir terlanggar lori di tengah jalan.

Berdasarkan tarikh video, insiden tersebut berlaku tahun lalu, tetapi baru-baru tular semula selepas netizen memuji respons dan kecekaran pemandu lori ketika berdepan kemalangan.

Gadai nyawa demi nyawa lain...respect pada driver lori....semoga Allah permudahkan kehidupan anda," kata Zaim Zaimi.

"Semoga abang lori dipermudahkan rezeki dan segala urusan," kata Syukri Hadi.

"Terima kasih bro..bertimbang rasa dan bertolak ansur itu benar," kat Mohd Noh.

BACA>>> Video Penunggang Motosikal Nyaris Digilis Lori, Mujur Cepat Lari Selamatkan Diri
BACA>>> 'Water Barrier' Jatuh Tengah Jalan, Penunggang Motosikal Nyaris Digilis

Related

611
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: lori hampir gilis, motosikal, penunggang hampir digilis, Video Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my