BAGI sesetengah orang, kereta adalah lambang kemegahan dan kejayaan, tetapi berbeza buat aktres Noorkhiriah Ahmad Shapie dan suaminya, Azfaizul Ahtan yang menjadikan Hyundai Grand Starex milik mereka untuk kegunaan kerja amal.
Pasangan itu sanggup menukarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah itu menjadi kereta jenazah yang diinfakkan percuma. Bukan satu, tetapi dua, iaitu Hyundai Grand Starex dan sebuah lagi, Hyundai Grand Starex Royale versi facelift.
BACA >>> Ambil Iktibar Banjir, Zizan Razak Beli Hilux untuk Bantu Orang
BACA >>> Video Momen Abang Viva Dapat Triton Buat Ramai Bergenang Air Mata
View this post on Instagram
Kerja amal itu dimulakan sejak dua tahun lalu di bawah Pertubuhan Amal NurByKhiriah yang menawarkan kerja pengurusan jenazah percuma.
Menurut Noorkhiriah, cadangan mengubah suai Grand Starex menjadi van jenazah timbul selepas MPV itu habis dibayar.
Sebenarnya kereta Starex saya dah habis bayar. Nak jual sayang, jadi saya tanya suami apa patut buat. Dia kata jom buat van jenazah. Saya pandang dia dan tak sangka pun akhirnya jadi kenyataan.
"Apapun, saya gembira atas sokongan ramai pihak terhadap ikhtiar yang dilakukan ini dan yakin atas rezeki Allah yang sentiasa ada untuk kami terus membantu mereka yang memerlukan. Syukur alhamdulillah, orang kita memang bermurah hati. Ada yang memberikan pujian, bantuan dan sebagainya."
Pelakon drama Nur itu berkata lagi, dia tidak berbuat apa-apa kerana usaha yang dilakukan secara percuma dari awal hingga selesai pengurusan jenazah muslim itu dilakukan suami dan pasukan mereka. Dia hanya membantu dari segi perkongsian dalam Instagram mengenai kerja amal tersebut.
Selain dua MPV itu, terdapat dua lagi kereta yang diinfakkan orang awam kepada kerja amal itu.
BACA>>> Hyundai Perkenal Bas Sekolah Canggih, Staria Kinder untuk Pasaran Korea Selatan
BACA>>> Hyundai Grand Starex Facelift (2018) Berwajah Baharu dengan Gril Besar, Lampu Trendy
View this post on Instagram
SUMBER: HarianMetro
Leave a Reply