• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas (2022) Buka Tempahan, Harga RM136k!

Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas (2022) Buka Tempahan, Harga RM136k!

February 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) membuka tempahan untuk trak pikap Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas yang ditawarkan pada harga jualan asas RM136,888.

Model trak pikap itu boleh dilihat secara dekat di bilik pameran Ford seluruh negara bermula 10 Mac depan. Bagi warga Pulau Pinang dan Utara, anda boleh kunjungi aras bawah pusat beli-belah Queensbay Mall di Centre Court pada 24-27 Februari ini.

BACA >>> AS 'Tertinggal' 43,000 Ford Ranger, 22,000 Humvee Di Afghanistan

Berikut perincian Ranger XLT Plus Edisi Khas:

WARNA

Empty,Asphalt,Road,With,Cityscape,Of,Los,Angeles
Empty,Asphalt,Road,With,Cityscape,Of,Los,Angeles
Empty,Asphalt,Road,With,Cityscape,Of,Los,Angeles
Empty,Asphalt,Road,With,Cityscape,Of,Los,Angeles
Empty,Asphalt,Road,With,Cityscape,Of,Los,Angeles
  • Hadir dalam lima pilihan warna: Absolute Black (hitam), Aluminium Metallic (perak), Arctic White (putih), Lightning Blue (biru) dan Meteor Grey (kelabu gelap).

BACA >>> Ajak Shiro Rakam 'Lembaga Putih' Tumpang Trak Pikap Buat Ramai Netizen Seram!

REKABENTUK

  • Rekabentuk luaran lebih menonjol menerusi rekaan gril depan krom, gerbang roda dan bar sporty baharu.
  • Bampar depan sama warna dengan badan, dan ditambah lip bampar perak.
  • Lampu depan projektor LED berserta lampu siang (DRL), juga LED.
  • Rim aloi 18 inci dengan tayar 265/60. Tinggi trak pikap mampu meredah air pada aras ketinggian 800mm.

BACA >>> Mahu Trak Pikap Anda Kekal Berkuasa? Gunalah Diesel Euro5 BHPetrol!

KABIN

  • Ruang kabin dihiasi lencana Ranger dan lampu LED.
  • Penyaman udara jenis kawalan iklim dwi-zon.
  • Menggunakan sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan kerusi dibalut material kulit.
  • Tambahan lain ialah alat perakam video digital (DVR) multifungsi definisi tinggi (HD) dengan paparan lebih luas, rakaman malam dan dipasangkan penapis cahaya antisilau.
  • DVR dilengkapkan aplikasi mobil yang boleh dihubungkan menggunakan hotspot untuk sistem operasi Apple iOS dan Android. Juga didatangkan bersama kad memori 32GB.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Penapis Kabin yang Perlu Anda Tahu

TRENKUASA

  • Trenkuasa diesel 2.0L pengecas turbo VGT berkuasa 177.5hp dan tork 420Nm, manakala transmisi automatik 10-kelajuan.

CIRI, TEKNOLOGI DAN KESELAMATAN

Dilengkapi ciri keselamatan termaju seperti:

  • Pintu Kargo Belakang Mudah-Angkat
  • Sistem multimedia SYNC dengan kamera undur
  • Pacuan 4x4 shift-on-the-fly elektronik
  • Sistem Stereng Bantuan-Kuasa Elektrik (EPAS)
  • Diferensial Gelincir Terhad (LSD)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Bantuan Luncur Bukit (HLA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dengan Kawalan Traksi (TRC)
  • Mitigasi Guling (Rollover Mitigation)
  • Kawalan Ayunan Treler (TSC)
  • Kawalan Adaptif Beban (LAC)
  • Kunci Ford MyKey untuk menggalakkan pemanduan berhemat.

WARANTI

  • Semua model Ranger, termasuk varian edisi terhad ini diberi waranti lima tahun atau jarak perbatuan 160,000km (mana satu tiba dulu).

Related

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 4x4, Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas, Roda4, Sime Darby Auto Connexion, Siri Ranger Ford, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev