• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Perbandingan: Perbezaan Toyota Corolla Altis Petrol vs Hibrid (2022)

#Perbandingan: Perbezaan Toyota Corolla Altis Petrol vs Hibrid (2022)

February 22, 2022 By Shawkath Leave a Comment

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Astra Motor (TAM) baru saja melancarkan varian baharu Corolla Altis dengan trenkuasa hibrid, yang dilengkapi ciri bantuan pemanduan termaju, tanpa menjejaskan aspek keselesaan, sama seperti versi petrol .

Berikut perbandingan antara Corolla Altis versi petrol dan hibrid:

BACA >>> Indonesia Tawar Varian Hibrid untuk Toyota Corolla Altis (2022), Harga RM150k

  • Corolla Altis varian petrol tiada pakej Toyota Safety Sense (TSS), tetapi dilengkapi ciri Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA). Hanya varian hibrid diberikan ciri (TSS) 2.0.
  • TSS 2.0 pada varian hibrid dilengkapi beberapa teknologi semi-autonomi seperti:
    • Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA)
    • Pemantau Titik Buta (BSM)
    • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)
    • Kawalan Radar Jelajah Dinamik (DRCC)
    • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
    • Bantuan Keluar Lorong (LDA)
    • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • DRCC kini boleh aktif dalam halaju 0-180kmj, dan juga mampu mengesan kenderaan di depan dalam jarak 120 meter.
  • DRCC juga akan dilaraskan automatik mengikut halaju kenderaan depan.
  • Kedua-dua varian, petrol dan hibrid, dilengkapi ciri keselamatan asas seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Bantuan Daki Bukit (HSA).

BACA >>> Teknologi Toyota Safety Sense (TSS) Terbukti Kurangkan Kadar Kemalangan

CIRI T-INTOUCH

  • Sama seperti Camry, Land Cruiser, Innova dan Fortuner, sedan Corolla Altis juga menerima ciri dipanggil T-Intouch yang membolehkan kenderaan dihubungkan dengan aplikasi  MyToyota.
  • Pemandu juga boleh mengakses beberapa fungsi seperti Find MyCar untuk mengetahui lokasi kenderaan diparkir.
  • Ciri Geofencing pula memberi amaran jika kenderaan dikesan berada di luar zon selamat atau ditetapkan.
  • Fungsi E-Care pula memudahkan pemilik mengetahui jadual servis berkala. Juga ada butang SOS jika pelanggan mengalami kecemasan dan memerlukan bantuan jalanan.
  • Ciri terakhir ialah Sistem Sokongan dan Pertanyaan untuk menghubungi pusat panggilan.
  • Kedua-dua varian Altis (2022) dibekalkan ciri pengecas wayarles dan unit infotainmen yang boleh disambungkan dengan telefon pintar.

BACA >>> Kajian: Sistem Bantuan Pemandu Kurang Berkesan Jika Pandu Ketika Hujan
BACA >>> Honda Pertingkat Teknologi Keselamatan, Bakal Lancar Honda Sensing 360
BACA >>> Kajian: Pemandu UK Belum Yakin dengan Kereta Pandu Sendiri

SUMBER: Liputan6

Related

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: perbandingan, Perbandingan Corolla Altis Hibrid, Roda4, Toyota Astra Motor (TAM), Toyota Corolla Altis (2022), Toyota Safety Sense (TSS) 2, Toyota T-Intouch

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my