BOON Siew Honda (BSH) memperkenalkan CB650R dan CBR650R (2022) versi dipertingkat yang kini hadir dalam pilihan warna lebih segar.
Jika masih ingat, BSH melakukan peningkatan komponen CB650R Neo-Sports Cafe dan CBR650R tahun lalu untuk menambah baik aspek keselesaan dan prestasi tunggangan, termasuk memasang komponen fork baharu.
BACA >>> Inikah Rupa Honda CBR1000R, CB1000X Baharu yang Bakal Debut Tahun Depan?
Tahun ini, wakil pengedar Honda itu memperbaharui imej dua model itu dengan menampilkan pilihan warna dan grafik badan lebih segar. Berikut perinciannya:
CB650R (2022)
- Mat Jeans Blue Metallic (biru)
- Candy Chromosphere Red (merah)
- Mat Gunpowder Black Metallic (hitam)
- Harga: RM43,499
BACA >>> Honda CBR1000RR-R Spa 100 (2022) Edisi Terhad, Hanya 10 Unit untuk Kegunaan Trek
CBR650R (2022)
- Grand Prix Red (merah)
- Mat Gunpowder Black Metallic (hitam)
- Harga: RM45,499
* Harga disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Pembelian dipakejkan bersama 2 tahun waranti pengilang atau jarak perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu).
CB650R dan CBR650R dijana trenkuasa sama, 4-lejang 16-injap 4-silinder sebaris 649cc DOHC penyejukan cecair, dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 93.8hp @ 12,000rpm dan tork 64Nm @ 8,500rpm.
Sistem transmisi menggunakan klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) dan Kawalan Pilihan Tork Honda (HSTC). Kedua-dua varian juga dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
BACA >>> Kajian: Bahan Api Hidrogen Bukanlah Bahan Api Baharu yang Baik
BACA >>> #TahukahAnda: Teknologi Keyless Memang Mudah, Tapi Belum Tentu Selamat
BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Tukar Minyak Enjin Mineral ke Sintetik, atau Sebaliknya?
Leave a Reply