SEORANG pengguna lebuh raya yang menggunakan lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) meluahkan rasa geram di media sosial kerana membayar transaksi tol dua kali disebabkan tindakan seorang penunggang motosikal tersalah lorong.
"Tunggu apa dekat lorong rfid tu bang…. Lorong motor belah sana… Abang kena ingat tau yang doa orang yang teraniaya ni selalu dimakbulkan. Jadi jangan duk perdajal orang macam ni," kata Fareez Aiman.
BACA >>> Tiada Lagi Plaza Tol, Pakar Positif RFID Mampu Kurangkan Kesesakan Lebuh Raya
Dalam klip video itu, seorang penunggang motosikal dilihat menunggu di tepi lorong RFID kerana tidak dapat melepasi palang tol tersebut.
Mungkin disebabkan dihalang, pengimbas RFID tidak dapat mengesan kereta milik perakam tersebut hingga memaksa dia berundur beberapa kali.
Dalam cubaan ketiga, barulah palang tersebut terbuka, tetapi hanya untuk memberikan laluan kepada penunggang di depannya melepasi palang dan ditutup kembali. Ini menyebabkan pemandu tersebut tersebut mengimbas buat kali kedua yang semestinya dikenakan caj tol berganda.
Netizen mengecam tindakan penunggang tersebut yang jelas menyusahkan pengguna lain kerana semua tahu pengguna dua roda tidak dikenakan caj tol untuk akses lebuh raya.
Tidak kurang juga yang memberi idea jika insiden seumpama itu berlaku, ada baik pengguna menggunakan khidmat interkom untuk memanggil staf bertugas dan jangan sesekali berikan laluan kepada penunggang motosikal berkenaan.
BACA>>> Axia Masuk Lorong Motor Tak Bayar Tol RM2.50 Kena Saman!
BACA>>> Elak Bayar Tol Bakal Jadi Kesalahan Jenayah Tidak Lama Lagi
SUMBER: DashcamOwnerMalaysia
Leave a Reply