• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Warga Emas Pitam Punca Myvi Langgar Kubur

Pemandu Warga Emas Pitam Punca Myvi Langgar Kubur

February 18, 2022 By Wahid Leave a Comment

303
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BEBERAPA gambar sebuah Perodua Myvi melanggar beberapa kubur tular di media sosial sejak semalam sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.

Myvi dipandu pemandu wanita berusia 60-an tahun itu dikatakan terbabas hingga melanggar dan merosakkan empat kubur di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights Senawang, Negeri Sembilan.

MYVI kubur
myvi merah

Wanita warga emas itu difahamkan sering menziarahi kubur arwah suaminya.

Bagaimanapun, insiden tersebut menyebabkan netizen membuat pelbagai andaian dan tohmahan dengan melontarkan fitnah dan komen tidak bertanggungjawab, sekali gus memaksa anak perempuan pemandu itu memberikan penjelasan di media sosial beliau. Beliau juga meminta netizen menghentikan membuat andaian bukan-bukan mengenai ibunya.

Menurutnya, ibunya menghidap penyakit kencing manis dan gejala hipoglisemia (kandungan gula rendah dalam darah) pada masa itu. Apabila hendak membuat pusingan-U untuk keluar dari parkir kereta, ibunya tiba-tiba pitam hingga tertekan pedal minyak. Mujurlah ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan dan dirawat untuk hipoglisemia.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asistan Komisioner Nanda Maarof mengesahkan anak perempuan kepada pemandu kereta itu sudah hadir membuat laporan dan memaklumkan akan bertanggungjawab membaik pulih kubur-kubur yang rosak.

BACA>>> Atuk Bawa Myvi Lawan Arus Rupanya Rabun
BACA>>>  #Videotomotif: Dua Pemilik Ini Kongsi Cerita Sebab Apa Pilih Perodua Myvi?

Related

303
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Myvi Langgar Kubur, Nanda Maarof, Perodua Myvi, tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev