• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Jual 182,000 Unit Kereta Hingga November 2016 - Axia Paling Laku

Perodua Jual 182,000 Unit Kereta Hingga November 2016 - Axia Paling Laku

December 5, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

289
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

perodua-media-escape-hatyai_pandulaju-2SEHINGGA 30 November 2016, Perodua mencatatkan penjualan sebanyak 182,485 unit kenderaan keluarannya.

Meskipun berhadapan dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil, Perodua yakin mampu mencapai sasaran jualan awalnya iaitu sebanyak 216,000 unit kenderaan bagi tempoh 2016.

Perodua Axia GDaripada jumlah 182,485, Perodua Axia memegang takhta juara dengan merekodkan penjualan sebanyak 78,907 unit dan diikuti dengan Myvi, Alza dan Bezza. Berikut adalah jumlah jualan mengikut model sehingga November 2016.

  • Perodua Axia - 78,907 unit
  • Perodua Myvi - 45,547 unit
  • Perodua Alza - 31,562 unit
  • Perodua Bezza - 26,466 unit

Bagi model Bezza, Perodua sudah menyerahkan lebih daripada 22,000 unit kepada pelanggan dan tempoh menunggu adalah sekitar dua minggu selepas urusan pinjaman diluluskan.

Melihat kepada angka itu, rasanya agak sukar untuk Perodua mahu mengejar sasaran jualannya iaitu sebanyak 216,000 unit. Hanya berbaki sebulan, Perodua perlu memastikan sasaran jualannya tercapai.

BACA >>> Harga Kenderaan Perodua Mungkin Naik Mulai 2017

Perodua jualBAGAIMANA MAHU KEKAL SASARAN

Untuk memastikan Perodua mencapai sasaran jualan awal, pelbagai inisiatif diambil termasuklah promosi penjimatan sehingga RM5,000 bagi model terpilih sepanjang Disember 2016.

Lebih menarik buat pertama kalinya, Perodua turut menawarkan rebat tunai bagi model Axia dan Bezza. Bagi mengetahui jumlah potongan diberikan, anda boleh baca DISINI.

Program Tweckbot Perodua_PandulajudotcomdotmyRAMAI PILIH PUSAT SERVIS BERTAULIAH

Sementara itu, aspek perkhidmatan selepas jualan turut tidak dilupakan. Sehingga Oktober 2016, Perodua merekodkan sebanyak 1.7 juta kenderaan memilih pusat servis bertauliah untuk diselenggara.

Lebih menarik, jumlah pengguna yang selenggara kenderaan pusat servis meningkat sebanyak tiga peratus berbanding tempoh sama pada 2015. Peningkatan itu turut didorang dengan pengenalan ProGanti oleh Perodua sebelum ini yang menawarkan harga lebih murah bagi alat ganti terpilih.

Related

289
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alza, axia, Bezza, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, Jualan Perodua, Myvi, Perodua, promosi disember perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev