KTM dijangka meluaskan siri 890 Adventure (2023) dengan tiga produk apabila satu lagi prototaip model itu dikesan sedang diuji, baru-baru ini.
Tiga model dijangka diperkenalkan tidak lama lagi ialah 890 Adventure, 890 Adventure R dan 890 Adventure S yang masing-masing menerima perubahan rekabentuk berbanding model generasi sedia ada. Berikut perinciannya:
BACA >>> KTM Malaysia Adventure Day: Cabaran Layan Off-Road yang Menyeronokkan!
- Varian 890 Adventure S lebih menumpukan kepada tunggangan atas jalan raya biasa, manakala 890 Adventure hadir dengan gaya off-road dan 890 Adventure R dikategorikan model off-road ekstrem.
- Ketiga-tiga varian mendapat fairing baharu yang menyambungkan tiga kompartmen, iaitu visor angin, kepala motosikal dan tangki minyak. Model generasi lama tiada fairing penghubung untuk tiga bahagian tersebut.
- Sebahagian besar fairing tiada perubahan drastik, tetapi lebih minimal membabitkan panel sisi yang bersambung pada muncung panel depan.
BACA >>> #BikinMotor: KTM 390 Duke Adventure Guna Komponen Royal Enfield Himalayan
- Bahagian bawah enjin menerima kowl baharu, sama ada plastik penuh atau disertakan plat aloi sebagai pelindung ekzos.
- Model R mendapat kowl lebih agresif, daripada aluminium penuh.
- Lampu utama dipinjamkan daripada model generasi semasa, tetapi menerima visor angin baharu yang dipanjangkan pada bahagian sisi dan lebih menegak.
- Varian R pula ada visor angin lebih rendah berbanding model asas, tetapi prototaip varian S pula dikesan tiada visor angin. Mungkin pemasangan akan dibuat untuk model pengeluaran.
- Menggunakan panel meter TFT lebih besar.
- Varian asas 890 Adventure mengekalkan rim jejari 21 inci di depan, 18 inci di belakang dengan fender tinggi gaya motocross mirip versi R.
- Tayar jenis Pirelli Scorpion Rally dengan bunga tayar lebih agresif berbanding model sedia (Avon AV54 Trailrider).
- Model prototaip varian R pula menggunakan tayar Metzeler Karoo 3.
- Varian S untuk jalan raya disangkan set rim aloi 17 inci mirip 890 Duke dan tayar Continental ContiRoadAttack 3 dengan saiz 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).
- 890 Adventure dan S menggunakan sistem suspensi WP Apex, manakala R dijangkan mengekalkan WP Xplor.
- Semua varian menggunakan sistem ekzos dan frem sama. Trenkuasa juga dipercayai tiada perubahan berbanding model semasa. Begitu juga rekabentuk pelana dan ekor belakang.
BACA >>> #TahukahAnda: Monoshock vs Dual-Shock, Suspensi Mana yang Lebih Bagus?
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Servis Radiator?
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Kira Baki Petrol dalam Tangki Selepas Lampu Minyak Berkelip
SUMBER: CycleWorld | MCN | Bernhard M. Hohne/BMH-Images
Leave a Reply