• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Ford Catat Jualan Terbaik September 2014

BERITA AUTO: Ford Catat Jualan Terbaik September 2014

October 15, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Deliveries of the all-new EcoSport compact urban SUV also kicked-off in SeptemberFORD mencatatkan prestasi jualan terbaik pada September susulan peningkatan sebanyak 52 peratus kepada 1,183 unit. Ia dipacu jualan suku tahunan yang memberangsangkan bagi model Ranger selain permintaan kukuh terhadap seluruh rangkaian kenderaan Ford.

“Kami berbesar hati kerana jenama Ford semakin mendapat perhatian di Malaysia. Kami juga gembira dapat memberi perkhidmatan kepada para pelanggan baharu Ford.

" Ford sentiasa memberi fokus terhadap aspek keselamatan, prestasi, penjimatan bahan api, teknologi pintar dan gaya menarik,” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman.

The Ranger pickup truck remains Ford’s best-selling nameplate in MalaysiaTrak pikap Ranger kekal menjadi model terlaris Ford dengan catatan jualan melonjak sebanyak 48 peratus bagi September 2014 berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 745 unit. Ia adalah rekod suku tahunan terbaik untuk model Ranger di Malaysia yang menyaksikan jualan meningkat sehingga 73 peratus berbanding suku sama tahun lalu kepada 2,335 unit.

Fiesta baharu yang sporty turut menyumbang kepada rekod September 2014 dengan jualan runcit mencecah 209 unit, seterusnya membantu meningkatkan jualan hingga kini kepada lebih 35 peratus menjadi 2,590 unit.

Permintaan kukuh terhadap Fiesta dipacu oleh enjin 1.5L Ti-VCT dan varian enjin 1.0L EcoBoost yang berprestasi tinggi. Enjin 1.0L EcoBoost menawarkan kuasa dan prestasi enjin konvensional bersesaran 1.6L, di samping penjimatan bahan api dan tahap emisi yang mendahului kelasnya. SUV Kuga dan Focus pula masing-masing menyumbang kepada jualan suku ketiga dengan 221 dan 200 unit.

Secara keseluruhannya, jualan runcit Ford pada tahun ini sehingga kini telah meningkat sebanyak 34 peratus kepada 10,217 unit. Sekali gus meletakkan syarikat di landasan terbaik dengan mencatat rekod jualan pada tahun ini di Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Catatan jualan terbaik Ford, David Westerman, Ford EcoSport, Ford Fiesta, Ford Kuga, Ford Ranger, Rangkaina kenderaan Ford

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev