• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ular Tumpang ke Tawau, Pesawat AirAsia Terpaksa Mendarat Cemas

Ular Tumpang ke Tawau, Pesawat AirAsia Terpaksa Mendarat Cemas

February 13, 2022 By Wahid Leave a Comment

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUNGKIN anda pernah menonton filem Hollywood 'Snakes on a Plane' lakonan aktor Samuel L Jackson? Semua tahu itu cuma cerita fiksyen, tetapi siapa sangka insiden sama benar-benar berlaku pada pesawat AirAsia, baru-baru ini.

Pengurusan AirAsia mengesahkan sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah itu, yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah, terpaksa dilencongkan disebabkan penumpang tidak diundang, iaitu seekor ular.

BACA >>> Saksi: Pesawat Meletup Dua Kali Sebelum Terbakar
BACA >>> Lelaki Kongsi Video Hamun Pekerja McD Tak Dengar Pesanan, Tapi Dikecam Netizen

Menurut laporan, krew kabin menyedari kehadiran seekor ular dalam ruang lampu kabin atas siling pesawat dan kemudian memaklumkan kepada juruterbang mengenai perkara itu. Akhirnya, juruterbang memutuskan melencongkan pesawat ke lapangan terbang Kuching supaya krew penyelenggaraan dapat memindahkan ular tersebut.

Ketua Pegawai Keselamatan AirAsia, Kapten Liong Tien Ling berkata, juruterbang pesawat membuat langkah betul.

Insiden seperti ini jarang berlaku dalam mana-mana pesawat."

@bebasnewsmy Penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau terpaksa mendarat di Kuching apabila seekor ular beradi di dalam pesawat. #snakeontheplane #ular #airasia #fy #snake ♬ Suspense Music - Sound Collective

Menurutnya, keselamatan penumpang lebih utama berbanding percubaan hendak sampai ke destinasi secepat mungkin untuk menjimatkan masa dan kos.

Dalam video itu, kelihatan seekor ular dalam kabin pesawat. Pemilik akaun Tik Tok itu mendakwa pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Kuching, Sarawak. Namun, tidak seperti dalam filem, tiada sesiapa mengalami kecederaan atau sebarang insiden buru.

BACA >>> Pesawat Angkasa China Tidak Perlu Bantuan Roket, Boleh Berlepas Dari Lapangan Terbang

Related

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AirAsia, Auto Terkini, Kapal Terbang, Mendarat Cemas, Pesawat Penerbangan, Pesawat Terbang, Snakes on a Plane, Ular Dalam Air Asia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my