• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aprilia Racing Dedah Jentera RS-GP (2022), Tidak Lagi Bersama Gresini

Aprilia Racing Dedah Jentera RS-GP (2022), Tidak Lagi Bersama Gresini

February 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APRILIA Racing secara rasmi memperkenalkan jentera RS-GP yang akan bersaing dalam Kejuaraan MotoGP 2022 dalam tona hitam sama dan aksen merah-biru serta dihiasi barisan penaja baharu.

Aprilia memulakan musim 2022 sebagai pasukan pengilang (factory) selepas bersaing sebagai pasukan independen sejak 2015 menerusi kerjasama dengan rakan penaja rasmi, Gresini.

Bagaimanapun, Gresini berpisah secara rasmi dengan Aprilia selepas tujuh tahun bersama apabila memilih menyertai Ducati. Liveri Aprilia Racing tidak banyak berubah berbanding musim lalu, iaitu latar hitam dengan aksen merah dan biru pada fairing . Cuma, tiada lagi aksen hijau.

Musim Moto GP 2022


Aprilia Racing kekal menggandingkan pelumba taruhan, Aleix Espargaro dan Maverick Vinales yang mensasarkan merangkul lebih banyak kemajuan untuk musim ini  menerusi RS-GP baharu yang terbukti cukup pantas sejak ujian pramusim di Litar Jerez, November lalu.

Skor dicatatkan duo pelumba juga memberangsangkan sepanjang musim MotoGP lalu. Espargaro berjaya membawa Aprilia ke podium sejak kembali menyertai pasukan pengilang itu pada 2015.

Pada tahun lalu, Espargaro konsisten menamatkan kedudukan dalam ranking 10 sebanyak 13 kali dan meraih podium di Litar Silverstone, England. Secara keseluruhan, pelumba Sepanyol itu menduduki ranking kelapan dengan mengutip 120 mata.

Vinales pula menyertai Aprilia pada enam perlumbaan terakhir musim lalu dengan menamatkan saingan di ranking ke-10 dengan mengumpul 106 mata, termasuk mata ketika bersama Yamaha.

BACA >>> #TahukahAnda: Dari Mana Datang Slogan Satu HATI pada Jentera Repsol Honda?
BACA >>> Quartararo Dapat Yamaha M1 Spec Baharu MotoGP 2022, Sedia Cabar Ducati?
BACA >>> Bagnaia, Miller Dedah Desmosedici GP22 dengan Skema Warna Merah Asli Ducati
BACA >>> Mir Puas Hati Suzuki GSX-RR Kini Lebih Laju
BACA >>> WithU Yamaha RNF Team Tayang Jentera Lumba di Itali, Bakal Debut di Sepang

aprilia-motogp-2022
aprilia-motogp-2022-2
aprilia-rsgp-2
Aprilia RS-GP 2022
aprilia-motogp-2022-3
aprilia-motogp-2022-4
aprilia-motogp-2022-5
aprilia-motogp-2022-6
aprilia-motogp-2022-7
aprilia-motogp-2022-8
aprilia-motogp-2022-9

SUMBER: Iwanbanaran

Related

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aleix Espargaro, Aprilia Racing, Aprilia RS-GP 2022, Gresini, Maverick Viñales, MotoGP, MotoGP 2022, roda2, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev