• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph TE-1 - Sportbike Elektrik 174hp Sedia untuk Ujian Jalan Raya, Trek

Triumph TE-1 - Sportbike Elektrik 174hp Sedia untuk Ujian Jalan Raya, Trek

February 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH mendedahkan status terkini prototaip motosikal elektrik TE-1 kepada umum yang dijangka menjalani fasa ujian di jalan raya dan trek dalam tempoh terdekat.

TE-1 bukan prototaip dicipta sebagai model pengeluaran massa, tetapi projek pembelajaran dan eksperimen Triumph bersama beberapa rakan lain. Ya, motosikal ini bukan 100 peratus hasil kerja Triumph.

BACA >>> Triumph Rocket 3 221 Special Edition (2022) Lancar, Apa Berubah?

Triumph TE-1 - 2
Triumph TE-1 - 1

Misi projek itu adalah mendapatkan asas kukuh dalam teknologi motosikal elektrik termasuk hak intelek dan pengalaman, terutama dalam aspek pembangunan motosikal elektrik.

Ada tiga rakan Triumph terlibat dalam projek Projek TE-1, iaitu Williams Advanced Engineering, Integral Powertrain dan WMG. Berikut tugas setiap pihak:

Triumph

  • Menghasilkan casis termasuk rekabentuk frem dan subfrem baharu.
  • Mencipta panel badan, kokpit, sistem transmisi dan pacuan tali sawat serta perisian kawalan.
  • Menguruskan komponen berkaitan seperti suspensi Öhlins dan brek Brembo M50.

Williams Advanced Engineering

  • Menguruskan pembangunan pek bateri, termasuk impak pusat graviti terhadap motosikal.
  • Terlibat dengan aspek sistem penyejukan, port pengecasan dan DC.

Integral Powertrain

  • Menggalas tugas pembangunan motor elektrik menerusi prototaip seberat 10kg berkuasa sekitar 130kW (174.3hp) untuk tempoh singkat dan berterusan kira-kira 90kW (120.7hp).
  • Trenkuasa ada integrasi inverter yang boleh diserasikan mengikut perbezaan diameter motor.
  • Inverter mampu menampung kuasa lebih 500kW (670hp).

WMG (Warwick Manufacturing Group), University of Warwick

  • Melakukan kerja stimulasi projek, termasuk rig fizikal hingga ujian prestasi trenkuasa dan ketahanan.
  • Menguruskan hal elektronik, seperti sistem kawalan traksi dan kawalan brek.
  • TE-1 yang memasuki fasa 4 akan menjalani ujian kalibrasi terotel dan pemetaan trenkuasa untuk mencari keseimbangan prestasi dan jarak tunggangan atas jalan.

BACA >>> 5 Stesen Cas DC untuk Kenderaan Elektrik di Petronas PLUS, LPT Tahun Depan

Triumph TE-1 - 4
Triumph TE-1 - 5

 

Fasa itu juga melibatkan pembangunan mod tunggangan dan memastikan tidak berlaku janaan haba berlebihan. Projek dibiayai Pejabat Kenderaan Sifar Emisi, Jabatan Pengangkutan menerusi Innovate Britain (agensi penyelidikan dan inovasi Kerajaan).

BACA >>> Kajian: Lebih 90 Peratus Penunggang Eropah Bantah Hasrat Haramkan Jualan Motosikal Petrol
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Helmet Jadi Syarat Wajib Pakai untuk Penunggang Motosikal?

SUMBER: BikeSocial

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Integral Powertrain, motosikal elektrik, roda2, Triumph, Triumph TE-1, Williams Advanced Engineering, WMG

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev