• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas 23 Tahun, 'Honda Petak' Ini Capai Perbatuan 1̶ ̶J̶u̶t̶a̶ 100k Kilometer!

Selepas 23 Tahun, 'Honda Petak' Ini Capai Perbatuan 1̶ ̶J̶u̶t̶a̶ 100k Kilometer!

February 10, 2022 By Farah Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAPCAI Honda C70, juga dipanggil 'Honda Petak' memang sinonim dengan pengguna motosikal Malaysia dan ada peminat tersendiri walaupun sudah tidak lagi dipasarkan.  Model itu diperkenalkan pada 1970 dan  dianggap antara kapcai Honda paling  tahan lasak sebelum pengeluar itu memperkenalkan kapcai ikonik lain seperti EX-5.

Buktinya, seorang pemilik  C70 merakamkan rekod peribadi apabila motosikalnya berjaya mencatatkan jarak perjalanan sejauh 100,000km, atau hampir 8 kali pusingan dunia. 😱

@perakpress Pertama kali tengok sejarah ni #cuppetak #cup70 #honda #hondacup #hondacup70 #hondacupmalaysia ♬ Memburu Impian - Kristal

Rekod jarak perjalanan itu dikongsikan dalam akaun TikTok @Perak Press yang merakamkan detik odometer motosikal tersebut berubah daripada 99,999 kepada 000,00 atau 100,000km

Tidak diketahui siapa pemiliknya, tetapi kapcai itu dikatakan sudah diguna sejak 23 tahun lalu.

Kebiasaannya, jarak perjalanan 200,000km menjadi standard bagi sesebuah kenderaan lebih besar seperti kereta kerana dianggap mampu bertahan lama sebelum ditukar kepada kenderaan baharu. Namun, bagi sesetengah pemilik setia, ramai memilih untuk membaik pulih dan menukar alat ganti baharu untuk kenderaan mereka itu.

Tapi bagi kapcai kecil 70cc, dengan usia lebih dua dekad, semestinya itu pencapaian luar biasa. Mampukah 'Honda Petak' ini bertahan lebih lama lagi?

BACA>>> Honda Super Cub 125 Kini di Malaysia - Harga RM13,999 Sahaja
BACA>>> Helmet Edisi Khas Sempena Hari Jadi Honda Super Cub ke-60, dan Pengeluaran 100 Juta

SUMBER: TikTok Perak Press

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda C70, Honda C70 Sejuta Kilometer, honda cub, Kapcai, motosikal lagenda, Odometer Honda C70, TikTok, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev