• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Putera Saudi: "Inilah Masa Wanita untuk Memandu."

Putera Saudi: "Inilah Masa Wanita untuk Memandu."

December 2, 2016 By Han Othman 1 Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

perempuan-saudi-memandu
ARAB Saudi adalah satu-satunya negara di dunia ini yang melarang wanita memandu hingga mencetuskan bantahan di kalangan pejuang hak asasi wanita dari dalam dan luar negara. Tetapi kali ini, bantahan mereka itu turut disambut seorang putera diraja Saudi berpengaruh.

"Hentikan debat: Inilah masa wanita untuk memandu," coret Putera Alwaleed Talal dalam akaun Tweeter miliknya minggu ini.

Alwaleed tidak memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Saudi, tetapi menjalankan beberapa perniagaan yang ada kaitan dengan kerabat pemerintah. Malah, beliau juga sangat menyokong penuh hak asasi wanita seperti dilaporkan Al Jazeera.

Alwaleed turut menyiarkan kenyataan panjang lebar yang menggesa supaya golongan wanita di negara Arab itu diberikan lebih hak asasi dengan membandingkan kebenaran memandu dengan peluang pendidikan kepada kaum hawa sebagai contoh.

Menghalang wanita memandu kereta hari ini ialah isu hak asasi yang sama dengan melarang mereka daripada menerima pendidikan atau mendapat identiti merdeka.

Itu semua tindakan tidak adil oleh masyarakat tradisional, jauh lebih terkongkong berbanding apa yang dibenarkan secara sah oleh ajaran agama." - Putera Alwaleed Talal

Menurutnya lagi, membenarkan wanita memandu bukan sekadar perkara betul yang perlu dilkakukan, tetapi juga baik untuk ekonomi. Sesebuah keluarga membelanjakan lebih AS$1,000 (RM4,462) setiap bulan untuk pemandu peribadi lelaki untuk kaum wanita mereka. Tambahan lagi, ramai isi rumah di Arab Saudi sedang bergelut dengan situasi ekonomi meruncing berikutan harga minyak rendah. Tahun ini menyaksikan ramai pekerja asing di negara itu menyuarakan protes kerana bekerja beberapa bulan tanpa dibayar gaji.

PROTES 26 OKTOBER

putera-alwaleed-talal
SAUDI-WOMEN-RIGHTS-DRIVING

Pekerja Kerajaan, yang membentuk 70 peratus daripada populasi pekerjaan di Arab Saudi, mula melaksanakan langkah penjimatan bermula September lalu, menurut akhbar Independent. Masing-masing cuba mengelak berulangnya krisis ekonomi seperti 2015 apabila negara itu mengalami defisit mencecah AS$100 bilion. (RM446 bilion)

Wanita di Arab Saudi sebenarnya sudah lama aktif menuntut hak untuk memandu sejak beberapa tahun lalu. Antara bentuk protes dilakukan ialah mereka bertindak memandu kereta pada setiap 26 Oktober tanpa mempedulikan ancaman undang-undang. Malah, mereka juga kerap berlatih memandu menggunakan kereta bampar yang terdapat di taman tema.

SUMBER: Autoblog

Related

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alwaleed Talal, Arab Saudi, Auto Terkini, hak asasi wanita, larangan wanita memandu di Arab Saudi, perempuan Saudi, Putera Saudi, wanita Saudi protes

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev