• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Patenkan Kotak Gear Manual Baharu, Boleh Tukar Gear Tanpa Guna Pedal Klac

Ford Patenkan Kotak Gear Manual Baharu, Boleh Tukar Gear Tanpa Guna Pedal Klac

February 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD memfailkan paten transmisi manual baharu yang disambungkan secara elektronik dengan pedal klac robotik untuk dijadikan pilihan kepada pemandu sama ada mahu menggunakan pedal klac atau tidak.

Ciptaan baharu itu dilaporkan portal Muscle Cars & Trucks sebagai sistem klac elektronik canggih dengan gabungan tombol gear konvensional untuk menukar transmisi.


Justeru pemandu boleh memilih menggunakan pedal klac dengan sambungan dengan-wayar (by-wire) atau biarkan komputer menentukan penggunaan klac.

Kaedah operasi itu sama seperti teknologi Autostick Volkswagen yang menggunakan bantuan aktuasi vakum (vacuum actuation) dan konvertor tork untuk membolehkan enjin melahu ketika tidak bergerak. Bezanya, sistem manual Ford akan memisahkan klac.

BACA >>> #Videotomotif: Bagaimana Transmisi Automatik dan Manual Bekerja?

Tombol Gear Klac Elektronik Ford - 2
Tombol Gear Klac Elektronik Ford - 1

Foto paten juga mendedahkan metod klac mungkin dikawal progresif menerusi sensor yang dipasangkan dalam grip tangan tombol gear.

Rekabentuk itu berbeza dengan transmisi klac kembar (DCT) automasi yang digunakan kebanyakan pengeluar seperti Hyundai Venue (ada tombol gear dan klac elektronik tanpa pedal).

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Klac Manual Cepat Rosak, Tetapi Pemandu Jarang Perasan
BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Transmisi Dual-Klac (DCT) Anda Rosak
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kegunaan Gear Rendah dalam Kereta Transmisi Automatik?

SUMBER: FoxNews

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Klac Man, klac manual robotik Ford, Roda4, transmisi manual

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev