• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: SUV Lebih Berbahaya Berbanding Sedan, Kereta Kecil?

#TahukahAnda: SUV Lebih Berbahaya Berbanding Sedan, Kereta Kecil?

February 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

4.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) memang tengah trending sekarang, bukan saja Malaysia, tetapi juga seluruh dunia. Ramai mendakwa suka memandu SUV kerana rasa lebih selamat berbanding kereta, terutama jika terbabit kemalangan.

Bagaimanapun, tanggapan SUV lebih selamat mungkin tidak benar. Perkara itu dibangkitkan pasukan saintis dari Universiti Michigan dan Makmal Kebangsaan Lawrence Berkeley di Amerika Syarikat (AS).

university-of-michigan-logo
berkeley-lab-logo

Menurut saintis;

Kebanyakan kereta adalah lebih selamat berbanding SUV, manakala trak pikap pula paling kurang selamat berbanding jenis kenderaan lain.”

Sebagai contoh, model SUV yang dikatakan paling selamat di AS, Chevrolet Suburban mempunyai risiko terkumpul 40 peratus lebih tinggi berbanding tiga sedan sederhana/besar, iaitu Toyota Avalon, Toyota Camry dan Honda Accord.

Kajian saintis juga mendapati kualiti binaan dan pertimbangan mengenai ciri keselamatan terbina-dalam dilihat sebagai lebih penting berbanding berat kenderaan. Berikut hujah yang dikemukakan dalam kajian tersebut:

Risiko Tergolek Lebih Tinggi

SUV lebih mudah tergolek berbanding sedan.
  • Ini mungkin risiko terbesar (tergolek) terhadap keselamatan ketika memandu SUV.
  • Lebih berat dan lebih tinggi daripada kereta biasa membuatkan SUV memiliki pusat graviti (CoG) lebih tinggi yang berisiko menyebabkan insiden mudah tergolek.
  • Antara cara mengurangkan risiko tergolek adalah memandu di bawah had laju, dan memperlahankan kenderaan ketika mengambil selekoh atau membelok.
  • SUV membuatkan pemandu tersalah anggap mengenai aspek keselamatan hingga menyebabkan kecuaian dan cenderung mengambil risiko lebih tinggi.

Faktor Titik Buta

  • SUV dikatakan lebih berbahaya kerana mempunyai zon titik buta (blindspot) lebih tinggi. Ketinggian SUV sebenarnya tidak memberikan kelebihan kepada isu tersebut.
  • Titik buta menjadi ancaman kepada pejalan kaki, terutama kanak-kanak dan mereka bertubuh rendah. Risiko kecederaan dan kematian adalah lebih tinggi kerana menyebabkan impak perlanggaran lebih tinggi berbanding sedan atau kereta kecil.

Ada Banyak SUV Atas Jalan

  • Antara faktor lain bahaya SUV adalah kehadiran banyak pengguna SUV atas jalan, termasuk trak pikap dan kenderaan lain lebih besar.
  • Ini secara tidak langsung mengurangkan kelebihan SUV jika terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan bersaiz sama atau lebih besar.

BACA >>> Kajian: Pusing Mileage Jejaskan 1.6j Kenderaan di AS, Malaysia Pun Hadapi Isu Sama
BACA >>> Kajian: Kenderaan Besar Lebih Selamat untuk Pemandu Baharu dan Remaja
BACA >>> Kajian: Pemandu Kurang Minum Air Sama Bahaya Macam Pemandu Mabuk
BACA >>> #TahukahAnda: GoodYear Pernah Cipta Tayar Kereta Bercahaya

SUMBER: SMFLegal

Related

4.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Makmal Kebangsaan Lawrence Berkeley, Roda4, SUV, Universiti Michigan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev