• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sah, Honda MSX125 Dilancarkan 8 Disember Depan - Harga Sekitar RM10,000

Sah, Honda MSX125 Dilancarkan 8 Disember Depan - Harga Sekitar RM10,000

December 1, 2016 By Abang GYL 2 Comments

664
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Honda MSX125JIKA anda masih lagi ingat artikel pernah disiarkan terdahulu di PanduLaju, Boon Siew Honda mengesahkan akan melancarkan model mini streetnya, Honda MSX125 ke pasaran Malaysia hujung tahun ini.

Berita yang baru kami terima hari ini, Boon Siew Honda secara rasminya akan memperkenalkan Honda MSX125 pada 8 Disember depan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Menurut sumber daripada ‘orang kuat’ Boon Siew Honda, spesifikasi Honda MSX125 yang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia adalah sama seperti versi di Thailand. Ini bermakna Malaysia akan menerima model facelift yang sama di Thailand.

Honda MSX125 Malaysia
Honda MSX125 Malaysia

ENJIN 125CC

Dari aspek prestasi, Honda MSX125 bakal dijana unit enjin bersesaran 125cc bersama teknologi PGM-FI, sama seperti model skuter PCX. Bukan saja berkuasa, ia turut menawarkan penjimatan bahan api.

Honda MSX125 MalaysiaLUARAN MENARIK

Rekabentuk luaran Honda MSX125 pula hadir dengan penampilan garang dan menarik. Ia dipadankan dengan lampu LED, rim bersaiz 12 inci, lampu belakang LED, meter digital dan suis enjin.

Honda MSX125
Honda MSX125

HARGA

Menurut sumber itu juga, Honda MSX125 dijangka akan dijual pada harga sekitar RM10,000. Bagi peminat model mini street, sudahkan anda bersedia!!!

Tetapi jangan lupa, Benelli TnT135 juga akan membuat kemunculan pada 6 Disember depan. Yang pasti, segmen motosikal mini street akan dimeriahkan lagi dengan  kehadiran dua model ini.

Tunggu!!!

BACA >>> Benelli TNT 135 & 302R Dilancarkan November – Harga Bermula RM9,000

SPESIFIKASI

HONDA MSX125

ENJIN 125cc dengan teknologi PGM-FI
TRANSMISI 4-Kelajuan
KUASA MAX 10hp@7000rpm
TORK MAX 10.9Nm@5500rpm
KAPASTI TANGKI 5.5L

GALERI

Honda MSX125
Honda MSX125 Malaysia
Honda MSX125 Malaysia
Honda MSX125 Malaysia
Honda MSX125 Malaysia
Honda MSX125 Malaysia
Honda MSX125 Malaysia
Honda MSX125
Honda MSX125
Honda MSX125
Honda MSX125
Honda MSX125
Honda MSX125
Honda MSX125
Honda MSX125
Honda MSX125

Related

664
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli tnt135, Boon Siew Honda, Honda MSX125, Mini Street, Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my