• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Elak Bayar Tol Bakal Jadi Kesalahan Jenayah Tidak Lama Lagi

Elak Bayar Tol Bakal Jadi Kesalahan Jenayah Tidak Lama Lagi

February 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

311
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERINGATAN kepada mereka yang ada tabiat mengelak membayar tol kerana tindakan tersebut akan dianggap kesalahan jenayah tidak lama lagi.

Satu peruntukan baharu dalam Kanun Keseksaan mungkin diperkenalkan terhadap individu yang cuba mengelak membayar tol selepas pelaksanaan lorong Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya seluruh negara pada 2025.

BACA >>> Video Pemandu Persona Ngelat Bayar Tol di Jambatan Pulau Pinang
BACA >>> Axia Masuk Lorong Motor Tak Bayar Tol RM2.50 Kena Saman!

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan pihak Kementerian mencadangkan undang-undang jenayah baharu terhadap pengelak tol sebagai sebahagian pelaksanaan MLFF dalam tempoh 24 bulan akan datang.

Dipetik portal FMT;

Ini bagi mengelakkan ketirisan kerana kami sedang meneliti peruntukan undang-undang yang merangkumi Kanun Keseksaan dan sama ada mengelak tol boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah kerana tiada halangan lorong di bawah MLFF.”

Menurut Fadillah lagi, satu peruntukan baharu dalam Kanun Keseksaan dan cadangan pindaan terhadap undang-undang berkaitan termasuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

BACA >>> Ujian Sistem Tol Tanpa Palang di Malaysia Akan Mula Awal 2022

Fadillah berkata;

Bagi mewujudkan sistem rekod pengesanan kenderaan dan pemandu, kita perlu menghubungkannya dengan pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Undang-undang berkaitan perlu diteliti. Mungkin terdapat keperluan untuk undang-undang khas (baharu) atau mungkin undang-undang sedia ada perlu dipinda.”

Beliau mengakui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berdepan usaha rumit dalam tempoh lima tahun lalu untuk melaksanakan rancangan MLFF, termasuk pelaksanaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). Bagaimanapun,halangan terbesar adalah menyelesaikan aspek undang-undang.

Ini cabaran terbesar. Kita perlu menyelesaikannya, termasuk mendapatkan persetujuan pemegang konsesi lebuh raya dan pihak berkepentingan lain berhubung undang-undang (baharu). Bukan hanya satu Kementerian, ia perlu dilakukan beberapa Kementerian dan agensi berkaitan.”

Tiada maklumat dikongsi sama ada hukuman penjara akan diperkenalkan dalam peruntukan baharu yang bakal dicadangkan itu. Cadangan mewujudkan undang-undang baharu itu dipercayai akibat kebimbangan pemegang konsesi mengenai risiko dan kemungkinan perbuatan tidak membayar tol lebih tinggi susulan pelaksanaan MLFF.

BACA >>> Kerajaan Gesa Konsesi Beri Pilihan RFID, SmartTAG dan TnG untuk Tol Lebuh Raya
BACA >>> Seksyen 4 Lebuhraya SPE Kini Dibuka, Tol Percuma Hingga Mac 2022
BACA >>> Pemandu Indonesia Sudah Boleh Masuk Tol Tak Perlu Berhenti, Tanpa Palang Tahun Depan

SUMBER: FMT

Related

311
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Fadillah Yusof, Elak Bayar Tol, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Isu Tol, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ngelat Bayar Tol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my