TOYOTA Hiace sememangnya van yang agak popular dalam kalangan peniaga atau pengusaha bisnes tetapi pernah anda dengar mengenai varian berasaskan enjin V8?
Sebenarnya, Toyota pernah mengeluarkan van Hiace dengan trenkuasa V8 dan varian itu dinamakan Toyota Himedic Ambulance (1996) dan ada seunit kini mahu dilelong.
BACA >>> #SembangDeras: Ambulans Langgar Persona, Siapa yang Bersalah?
Enjin petrol Toyota/Lexus digunakan ialah 4.0 liter 1UZFE V8 didakwa trenkuasa sama seperti Lexus LS400 sedan, GS400, SC400 grand tourer dan Toyota Crown.
Selain tarikan enjin sekuat 260hp itu, ambulans itu juga ada satu lagi tarikan iaitu sistem pacuan semua roda. Sistem transmisi pula 4-kelajuan automatik.
Semasa Toyota menghasilkan Himedic Ambulance, model itu tidak ditawarkan kepada pembeli persendirian tetapi kepada agensi-agensi kerajaan di Jepun. Harganya termasuk lengkap dengan peralatan perubatan ialah AS$230,000 (RM926,730)
BACA >>> #TahukahAnda: 7 Kelebihan Antena Sirip Yu yang Anda Perlu Tahu
Generasi pertama HiMedic buatan tangan dibina di Yokohama menggunakan model Hiace generasi keempat. Hanya 1,200 unit van ambulans berprestasi itu dihasilkan antara tahun 1994 hingga 2000.
Van itu sepanjang 5,334mm dengan ketinggian luaran 2,438mm (dalamam 1,859mm). Van itu lengkap bersama bar lampu atas bumbung, siren dan semua peralatan kecemasan (kecuali tangki oksigen).
Jika berminat, harganya bermula serendah AS$34,995 (RM146,482). Van ini sudah dipandu sejauh 98,169km dan anda boleh membidanya di portal Ottoex.
BACA >>> Ambulans Tak Cukup, Keluarga Ini Terpaksa Bawa Mayat Ibu Naik Motor
BACA >>> Pesakit Jantung Pulih Selepas Ambulans Terlanggar Jalan Berlubang Besar
Leave a Reply