• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berhenti di Lebuh Raya 'New Zealand Malaysia' Boleh Denda RM2k, Jel 6 Bulan

Berhenti di Lebuh Raya 'New Zealand Malaysia' Boleh Denda RM2k, Jel 6 Bulan

February 4, 2022 By Farah Leave a Comment

505
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengingatkan pengguna supaya tidak menghentikan kenderaan mereka di lorong kecemasan Lebuhraya Temiang-Pantai untuk tujuan bergambar atau berkumpul.

Amaran itu dibuat berikutan situasi ramai pengguna Lebuhraya Temiang-Pantai, atau sinonim dengan gelaran 'New Zealand Malaysia'  berhenti untuk berswafoto dan mengambil gambar di situ.

BACA>>>  Kerajaan NS Minta Parkir Khas di Lebuhraya Temiang-Pantai

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tindakan pengguna yang berhenti secara berkumpulan atau individu itu walaupun bukan kecemasan boleh mengundang risiko tinggi berlaku kemalangan.

Tindakan pemandu itu membahayakan keselamatan orang ramai dan tidak munasabah kerana ia boleh memberikan satu persepsi bahawa tempat itu adalah tempat pelancongan sedangkan kawasan terbabit adalah lebuh raya, perlu diingat jalan raya ini digunakan untuk kenderaan dan jentera bergerak.

"Apabila mereka berhenti secara berkumpulan atau beramai-ramai ia mengganggu kelancaran trafik. Pemandu lain akan bertemu kelompok kenderaan berhenti dan berkumpul di jalan raya akhirnya mengundang kemungkinan berlakunya kemalangan," katanya dipetik Bernama.

Hanif berkata lagi, sesiapa yang berbuat sedemikian boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah lalu lintas Jalan 1959, iaitu tiada kenderaan boleh diletak di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.

Jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh disiasat di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Lebuhraya Temiang-Pantai dibuka kepada orang ramai pada 26 Ogos tahun lalu dan menjadi tular kerana menyajikan pemandangan indah berlatar belakang Gunung Berembun dengan keindahan kehijauan hutan hujan tropika daerah Seremban.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial orang ramai berkumpul dan beriadah dengan berbasikal di kawasan tersebut. Turut kelihatan ada mengambil kesempatan meniaga di kawasan tersebut dengan kenderaan diparkir di lorong kecemasan.

BACA>>>  Parkir Lorong Kecemasan Lebuh Raya: Polis Panggil Ketua Kelab Datang Mengadap

SUMBER: Bernama

Related

505
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, jalan temiang-pantai, laluan kecemasan, lebuhraya new zealand, Lebuhraya Temiang-Pantai, negeri sembilan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my