SATU rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menyaksikan sebuah Proton Saga dilanggar dan hampir digilis sebuah lori di laluan masuk sebuah stesen minyak, BH Petrol di Sri Sulong, Batu Pahat, Johor.
Insiden berlaku kira-kira jam 3.25 petang semalam itu mencetus rasa cemas sesiapa saja yang menonton.
BACA >>> Video Penunggang Motosikal Nyaris Digilis Lori, Mujur Cepat Lari Selamatkan Diri
Dalam klip video itu, Saga merah nampaknya hendak masuk ke stesen minyak dan berhenti untuk memberikan laluan kepada lori dengan muatan tong gas itu.
Namun, ketika menunggu keluar, lori itu membuat pusingan-u hingga menyebabkan kereta merah dilanggar dan terperosok di bawah kenderaan berat tersebut. Mujurlah pemandu lori segera berhenti kerana jika terlambat, kemungkinan kereta itu digilis.
Video tersebut menarik perhatian netizen yang menganggap berpunca daripada kesalahan pemandu lori itu yang keluar di laluan salah dan bukan disebabkan masalah titik buta. Mungkin kerana si pemandu cuma memantau keadaan trafik dari arah bertentangan hingga tidak perasan ada kehadiran kenderaan lain di lorong yang hendak dimasukinya.
BACA>>> Remaja 14 Tahun Temui Cara Hilangkan Titik Buta Kereta Guna Kamera Web
BACA>>> JPJ Bukan 'Cover' Lori Balak, Tapi Iring Supaya Tak Lari
SUMBER: SukanStarTV
Leave a Reply