RAMAI pembeli meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan kereta Perodua yang ditempah sejak tahun lalu.
Tidak kurang juga mengkritik Perodua kerana mengejar jumlah tempahan tinggi, tetapi gagal memendekkan masa menunggu. Apatah lagi selepas membaca laporan Perodua mahu jadi jaguh Malaysia tahun ini.
BACA >>> Perodua Tiada Pelan Naikkan Harga Kereta, Tapi Cuba Turunkan Harga Alat Ganti
BACA >>> Perodua Terima 2,103 Kes Kereta Banjir, Cuba Baik Pulih Secepat Mungkin
Sekadar perkongsian, Perodua kini memiliki kira-kira 70,000 tempahan kenderaan yang masih belum diserahkan kepada pelanggan dan pengedar sejak tahun lalu. Pada Disember lalu, Perodua meletakkan sasaran menyiapkan 30,000 unit daripada semua tempahan tertunggak, tetapi masih gagal. Apa sudah jadi?
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ada dua senario yang menyebabkan sasaran menyiapkan tempahan kenderaan terbantut, iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bencana banjir.
KESAN PKP
Selepas PKP, apabila kami mahu memulakan semula operasi, kami sedar kami tidak boleh memulakan secara tiba-tiba dengan operasi tahap tinggi dan jumlah tinggi kerana (vendor) memerlukan masa menstabilkan operasi masing-masing. Ada banyak sebab (berkaitan), salah satu adalah isu operasi logistik dan stok penimbal bahan mentah."
BANJIR SHAH ALAM
Kami ada dua vendor di Shah Alam dan mereka gagal beroperasi disebabkan banjir (Disember 2021). Apa kita buat adalah melawat vendor dan mengadakan perbincangan selama satu hari.
"Keesokan hari, kami mengeluarkan semua peralatan dan die (acuan) dan menghantarnya kepada vendor lain seluruh Malaysia untuk lihat siapa boleh hasilkan stamping (tekan ter) bahagian. Dalam tempoh tiga hari, kami boleh beroperasi semula, tetapi perlahan sedikit kerana faktor kapasiti dan lain-lain."
Selain kesan selepas Kerajaan menamatkan siri PKP dan bencana banjir, Perodua juga terjejas akibat masalah bekalan komponen dan cip semikonduktor untuk pembuatan kenderaan, iaitu masalah sama yang dialami banyak pengeluar automotif global.
BACA >>> CEO Perodua: Pengeluaran Alza Akan Dihentikan Menjelang April 2022
BACA >>> CEO Perodua: Alza Generasi Baharu Masuk Pasaran Tahun Ini!
Khairul says
Alasan je perodua sabit, kalu x banjir x de PkP pun sama jew lambat
jun says
Dah tahu tak boleh siapkan tempahan, tutup oder dulu..... siapkan mana yg pre oder.
Saya oder myvi dah 2 bulan belum dapat. Kalau boleh cancel lama dah cancel . Masalahnya loan dah lulus .
Melampau tau.
WAN NOOR AZIZ says
Lama sangat menunggu,teruk betul perodua,
Syarikat lain boleh buat,tak bagi alasan pun.
Hamdan says
Sepatutnya dah lambat tu bagi la rebate untuk pembeli yang terpaksa menunggu lama tu....
Kalau pembeli lambat sign agreement atau lambat bayar deposit bukan main lagi bank n salesman kejar, Bila masalah disebabkan mereka.. langsung tak rasa bersalah
Johari says
Booking dah hampir 3 bln, blum ada brita..
Ayie says
Book dr bln 10 tahun 2021 nie dah bln 3 senyap je..
Jeme says
Syabas perodua kerana bermurah hati mengeluarkan kereta mampu milik bagi warga Malaysia.
Oh ya alang2 go publik ni tolong pasang axia style tu blutooth, lampu putih depan mcm myvi tu, boh signal kat sidemorr dan bagi boot tray free. Payung tak nak. Apa salahnya psasang tinted macam axia se tu siap2. All the best perodua.
Azk says
Sakit hati. tadi dealer offer color silver. Order asal warna grey. Boleh pula ajak buyer nego tukar color. Lps tu bila buyer x nak tukar, terus kata jgn marah klu kete lama.. Mcm tu pulak. Setahu aku alza model yg lama dh stop jan 2022. So xde masalah klu nk nk siapkan tempahan alza 2021 kot.. tpi ntah knp alza model 2021 pun lmbt siap. Takde sistematik dh perodua ni wlupun Jepun masih owner terbesar
Zuriyani bt Ismail says
First time beli kereta perodua, kereta ke 3 , rupanya terlalu lama menunggu, 3 bln lbh menunggu masih blm nmpk ape2 bygan lg, lagi 2 minggu dah 4 bln.
FATIN AMIRAH says
SA cakap lepas loan lulus seminggu macam tu dapat kereta , tapi sampai sekarang belom dapat , dah dua bulan masih tergantung sepi. loan tak boleh cancel . kita pergi kerja pun jauh jauh naik public transport lmbat. logik la
Tehah says
Hm dahla nak tggu loan lulus pon ambik masa bila dh lulus sales kejar suruh pyment cepat2 sblum kreta dpat dkat orng lain , tapi dh bayar tggu berbulan2 jugak bila tnya selalu bgi fakehope ckap nk dapat nk dapat tpi tk dapat2 penat tau tunggu 😌
BelugaCat says
Booking dah bayar loan dah approved kereta? Wassalamu.. alasan banyak sangat.. kalau tahu tak mampu capai target pengeluaran dalam masa ni jangan buka order.. siapkan yg tertunggak.. proton saga premium elok jer tak sampai 2 bulan dah dtg ke tgn pembeli..
yang_menunggu says
saya dah tunggu axia hampir masuk 4 bulan. SA cakap hujung minggu nak update semula. masuk awal minggu lagi satu pun tak update apa2..
malas nak marah2.. tp tu lah.. klu lambat, cakap lambat... jgn bagi harapan palsu perodua oi.. jgn binasakan kepercayaan ra'yat.. nak beli Honda aku tak mampu.. beli axia, kene game pulak hahaha
mail says
Kalau dah tahu tak dapat nak penuhi permintaan,janganlah terima tempahan lagi. siapkan yang tertunggak tu dulu. SA pun menipu tak nak bagitahu hal sebenar. Hancussss
Oldpeople says
Hahaha. Itulah perodua,dh x sama mcm zaman arwah ayah aku keje sana lagi. Sendiri boleh faham la, zman quantity over quality.. projection/forecast pon ke laut.. sepatutnya masa launch, dh siap semua persediaan. Bukan sekali ni je dpt tempahan kuantiti mcmni. Tiap2 tahun, siap boleh CKD keta luar. Tp bila part short la apa la,slhkan pihak lain pula,siap bencana alam.. hahaha kelakar. Sebab ko pentingkan yg on paper dr realiti. Walk the talk bukan talk cock. Ko no 1 local car bertahun2 kot,xkan fikir duit je... kalau kena jepun ni mampus korg semua...
Abang GYL says
Ini masalah global, bukan hanya Malaysia sahaja. Harap faham dengan situasi ini
nana says
Saya pula da 7 bulan tunggu kereta mampu milik axia..janji² tarikh sedemikian..sampai sekarang takda..nak cancel loan da lulus tahun lalu.
Kena Tipu Perodua says
Aku rasa isu cip ni tahun lepas lagi dah ada tapi perodua sebab nak kejar ranking no 1 punya pasal main belasah aje ambil order. Macam salesman kedai perodua yg aku order aruz advance... masa order dia kata yg kain lambat tapi kalau aruz advance silver blh dpt 1 bulan ke 1 setengah bulan... Last2 bila aku asyik push dia tanya bila nak dapat sebab dah lebih sebulan dia kata masalah cip... Siap tunjuk waiting list hq perodua bagi... Bukan sebulan tapi 3 ke 3.5 bulan... Tak panas ko ingat... Harap2 raya dpt pakai kereta baru yapi hampeh perodua!!!!
Farah says
saya dah 4bulan menunggu. mcm mana nak cancel yer? ade ape2 effect ke klau cancel?
Mohd Hamizan Hazim says
Sama macam kes sy ..memanjang JANJI 6bln...daripada bulan 11 tak nampak byg2 kereta....loan dah approved.. deposit pn dah bagi, nasib baik ada saudara mara dan kwn2 boleh tumpang gi keje...harap2 masalah "long waiting" ni dapat dipendekkan...murung skjp bila dah byr full deposit tp servis hampeh... 😭,
You can Said ..nobody force us to buy your product or tak siapa letak pisau dileher kami utk paksa beli perodua ....it's not about global problem but how your solve the problem and not just Blame the chip atau salahkan banjir semata2.
Nazri efendy says
Harap perodua dpat menyelesaikan masalah secepat mungkin...2 bulan menunggu,kereta belum dpt lagi
Regine lim says
I ordered Axia On Nov 2021. NOW MAY 2022 almost 6MONTH , AND JUN ssT starting.. I do hope Perodua will bear the SST and give more rebate as we have waited for so long.
We understand is Global weather or Pandemic but I am sure every big Organisation has their plan B.
Please have empathy with your customers.
Looking forward to hear Good news from you soon.
Nurul Shamira says
Hi, saya order perodua Bezza 1.3 x. loan approved January 2022 and NOW already May. Please settle this case as soon as possible. Banyak benda nak buat dengan kereta tu. Don't keep blame banjir la chip problem la itu bukan masalah customer. Janji 4 bulan sampai sekarang tak ada and soon pulak ada sst.
edi says
saya salah satu 'penunggu bezza' Apa yg dijelaskan oleh big boss perodua memang ada logiknya tp kami sbgai custumer yg mnunggu lama ni bkn nk sekadar penjelasan.Tapi lebih kepada cara perodua atasi masalah tersebut.Ketika ini lah perodua diuji.bkn diuji dengan jualan yg rendah..tapi diuji dengan jualan dan tempahan yang terlalau tinggi.Utamakan tempahan tempatan dahulu baru eksport.
Mohd Aznan says
Beli kereta model bezza Dan loon sudah Lulus, sudah masuk 4 bulan lebih bayang Pon tak ada tapi model baru byk jee keluar..? Tya penjual Alaskan yg diterima pkp Dan banjir senang hidup tidak ikhlas... Bila pergi Tanya harap bersabar....
colasaisai says
Saya ambil Axia dah 4 bulan tak dapat lagi tutp la Perodua..tau awai kita beli model lain😡
Tuah jawa says
Sign agreement bulan 3. Sampai sekarang axia x dapat lagi...teruskan menunggu. Cukup 6bln plat no booking akan burnt
Mr.a says
6 bulan boleh sabar. lebih 6 bulan masih bersabar. Sudah hampir setahun sabar sedikit hilang. Dan sampai sekarang belum nmpk bayang. Mohon doakan saya dapat terus bersabar.
Mat Toi says
Dah 1 tahun den menunggu axia tak dapet dapet lagi... itu ler orang buat keta, ko pon nak buat...
Bonta says
Saya baru booking Bezza 1.3 Adv 2020. SA bilang tunggu 6 bulan. Haraplah dapat dipercepatkan dengan kerajaan baru ini. Kalau ada kaitan lah hahaha. Saya pengguna Proton yang ingin mencuba Perodua sebagai kereta kedua sebab selalu bawa kereta wife untuk servis. Servis Perodua memang the best.
helmirrm says
dah dekat setahun, nanti boleh meletop wooo...
nDz says
Month 11 2022 - order
Month 11 2023 - not available
Month 11 2024 - still not available
Month 11 2025 - maybe not available
Month 11 2026 - not sure available
Month 11 2027 - cannot available
Month 11 2028 - stop new orders
Month 11 2029 - stop productions
Month 11 2030 - launching new models
TQ Perodua for Building Cars People First