• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Rumah Tiada Elektrik? Ford F-150 Lightning (2022) Boleh Bantu Cas Sampai 3 Hari!

Rumah Tiada Elektrik? Ford F-150 Lightning (2022) Boleh Bantu Cas Sampai 3 Hari!

February 9, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

246
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IDEA Ford menawarkan trak pikap F-150 versi elektrik memang sangat bagus. Siri atau keluarga F ialah trak pikap terlaris di Amerika Syarikat (AS) sejak 1977 hingga 2021, sudah 45 tahun! Ia ibarat menawarkan Perodua Myvi dengan reputasi cemerlang dan dikenali ramai dalam versi elektrik.

Dengan F-150 Lightning bukan setakat tidak perlu isi minyak, pemilik juga boleh memberikan cahaya untuk rumah mereka jika bekalan elektrik terputus.

BACA >>> Ford F-150 (2021) Tawar Ciri Kerusi Depan Boleh Baring Rata!

Menurut laporan EIA, penduduk AS mengalami gangguan tenaga paling banyak pada 2020. Dengan cabaran itu, memiliki F-150 Lightning bakal membuat pelaburan berbaloi.

Bagaimanakah sistem bekalan kuasa F-150 Lightning (2022) berfungsi?:

  • Ini ialah model Ford pertama dilengkapi teknologi Ford Intelligent Backup Power yang membolehkan pemilik menguasakan rumah ketika bekalan elektrik terputus. Ia berfungsi seperti generator.
  • Sistem bateri jenis jarak lanjut (extended range) mampu menyimpan tenaga 131kWh dan membekalkan kuasa elektrik hingga 9.6kW.

  • Sistem Ford Intelligent Backup Power dan Home Integration System juga boleh membekalkan tenaga elektrik secara automatik sebaik saja bekalan terputus.
  • Berdasarkan purata penggunaan tenaga elektrik kediaman di AS sebanyak 30kWh sehari, bateri extended range mampu membekalkan tenaga hingga tiga hari, atau 10 hari jika digunakan bersama kuasa solar dan catuan.
  • Bagi meraih faedah tenaga tersimpan, pengguna perlu memasang pengecas Ford Charge Station Pro dan Home Integration System di kediaman mereka.

  • Soket kuasa tersebut terdiri daripada inverter kuasa, bateri hidup semula (dark start) dan suis penukar untuk membolehkan aliran elektrik dua hala.
  • Pembeli akan menerima pengecas Ford Charge Station Pro dalam satu pakej yang mana sistem itu dibangunkan bersama Siemens.
  • Pembeli juga boleh mendapatkan Ford Charge Station Pro 80amp dengan membayar yuran pengaktifan berasingan.
  • Home Integration System dibangunkan bersama firma solar AS, Sunrun dan pemasang sistem disarankan Ford.

Pada masa depan, Ford bakal memperkenalkan fungsi yang menjadikan pemilikan F-150 Lightning lebih berbaloi. Sistem Ford Intelligent Power membolehkan pemilik menguasakan rumah dengan bateri daripada trak pikap ketika kadar elektrik tinggi dan mengecas kembali trak pikap apabila kadar elektrik rendah, atau menerusi panel solar atas bumbung rumah.

Satu penyelesaian yang bijak dan menjimatkan!

BACA >>> Volkswagen Dedah Foto Awal Amarok Baharu, Kongsi Enjin, Platform Ford Ranger!
BACA >>> Volkswagen T-Roc Cabriolet (2022), SUV Unik dengan Bumbung Boleh Buka, Harga RM150k

Ford F-150 Lightning.01
Ford F-150 Lightning.02
Ford F-150 Lightning.03
Ford F-150 Lightning.04
Ford F-150 Lightning.05
Ford F-150 Lightning.06
Ford F-150 Lightning.07
Ford F-150 Lightning.08
Ford F-150 Lightning.09

Related

246
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, F-150 Lightning, Ford, Ford F-150 Lightning, Ford F-150 Lightning (2022), Ford F-150 Lightning Extended Range, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev