• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 'Enjin Camless': Revolusi Baharu Enjin Pembakaran Dalaman Ciptaan Koenigsegg

'Enjin Camless': Revolusi Baharu Enjin Pembakaran Dalaman Ciptaan Koenigsegg

November 30, 2016 By Azhan O 2 Comments

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FREEVALVE, anak syarikat kepada pengeluar supercar Sweden, Koenigsegg (sebelum ini dikenali sebagai Cargine) kini sedang menghasilkan sistem injap jenis baharu yang mampu beroperasi tanpa aci sesondol (camshaft). Teknologi baharu yang diistilahkan sebagai 'camless' itu dijelaskan secara ringkas dan padat menerusi video khas yang disiarkan dalam laman web syarikat berkenaan.

Operasi enjin bergantung kepada penggerak injap pneumatik untuk membuka injap yang kemudian ditutup oleh tekanan udara atau spring, di mana setiap injap boleh dikawal secara individu. Treninjap (valvetrain) turut menghasilkan tenaga yang kurang daripada enjin berbanding aci konvensional.

enjin-camless-freevalve-2
enjin-camless-freevalve-3
enjin-camless-freevalve-1

Hasilnya, kuasa enjin dapat ditingkatkan kepada lebih 30 peratus dari segi kuasa kuda atau tork yang turut memberi kesan kepada penjimatan bahan api. Malah, saiz enjin jadi lebih kompak dan ringan, manakala pelepasan emisi dapat dikurangkan mendadak.

BENARKAH TINGKAT PRESTASI?

aci-sesondol-dan-aci-engkol
Teknologi enjin camless itu membolehkan kawalan penuh ke atas kitaran pembakaran. Tiada lagi sistem penggerak injap variabel yang menawarkan tahap kawalan  dan reliabiliti seperti ini. Kedua-dua injap ambilan dan ekzos boleh dibuka dan ditutup pada sebarang sudut aci engkol (crankshaft) diperlukan. Fleksibiliti yang dimiliki membenarkan enjin menghasilkan penggunaan bahan api dan emisi rendah. Pada masa sama menjana kuasa dan tork enjin berprestasi tinggi.

Namun, apa yang menjadi halangan terbesar bagi kemajuan teknologi seumpama itu ialah faktor reliabel, kehalusan dan kesenyapan enjin. Enjin camless mungkin tidak dapat menyelamatkan enjin pembakaran dalaman daripada digantikan motor elektrik pada kereta-kereta masa depan, tetapi sekurang-kurangnya dapat memanjangkan hayat enjin konvensional tersebut.

BACA >>> Fakta Ringkas dan Padat Mengenai Enjin Pembakaran Dalaman Yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: FreeValve

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: enjin camless, enjin pembakaran dalaman, Freevalve, Koenigsegg, teknologi automobil, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev