• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Permit Sekolah Memandu Boleh Batal, Gantung Jika Ramai Terbabit Kemalangan, Buat Salah

Permit Sekolah Memandu Boleh Batal, Gantung Jika Ramai Terbabit Kemalangan, Buat Salah

February 2, 2022 By Aryon Leave a Comment

415
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERMIT institut memandu (IM) boleh dibatalkan atau digantung Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jika ramai pemegang lesen daripada IM berkenaan didapati melakukan kesalahan trafik dan terlibat kemalangan jalan raya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, langkah itu akan dilaksanakan dengan meletakkan kod pada lesen yang dikeluarkan bagi mengesan IM seseorang pesalah trafik itu.

BACA >>> Polis, JPJ Tunggu di Pintu Jeti, 'Langkawi Attack' Tak Jadi 'Rancak'

Bagaimanapun, kaedah itu masih dalam peringkat cadangan dan dijangka disenaraikan di bawah sistem e-Testing, bermula April ini di seluruh negara.

Kita akan buat satu jejak audit apakah kesilapan atau apa-apa yang tidak betul sama ada infrastruktur yang tidak lengkap atau apakah sebab hingga disaman dan dibuat dalam konsep pendigitalan JPJ," katanya.

Mengulas lanjut Zailani berkata, berdasarkan rekod, terdapat 10,569 pengajar kursus Pensijilan Pengajar Institut Memandu (SPIM) di Malaysia disijilkan selari Kaedah 11 (4) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Sekolah Memandu) 1992.

Namun, ada lebih kurang 1,779 permohonan tertunggak yang masih belum diselesaikan akibat sekatan aktiviti program seperti pelaksanaan kursus, seminar, bengkel, latihan dan ceramah yang dikuatkuasakan Kerajaan.

Berdasarkan statistik direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia dan JPJ, sebanyak 80 peratus punca kemalangan jalan raya adalah sebabkan faktor kecuaian manusia.

Kebanyakan pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan adalah penunggang motosikal, iaitu lebih 60 peratus.

BACA >>> Ujian Memandu Guna Sistem e-Testing Mula April Ini, Tiada Lagi Pegawai JPJ di Sebelah
BACA >>> JPJ Bukan 'Cover' Lori Balak, Tapi Iring Supaya Tak Lari

SUMBER: Bernama

Related

415
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Zailani Hashim, e-Testing, Institut Memandu, Institut Memandu (IM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Sekolah Memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev