• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Lalok Dadah Langgar Lampu Merah Punca 4 Beranak Maut

Pemandu Lalok Dadah Langgar Lampu Merah Punca 4 Beranak Maut

January 29, 2022 By Han Othman Leave a Comment

890
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI kes kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh dadah yang kali ini melibatkan seisi keluarga menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan sebuah trak pikap Nissan Navara di KM2 Jalan Lebuh ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuhraya Central Spina Road (CSR) di Bentong, Pahang, semalam.

Insiden berlaku jam 2.30 petang itu menyebabkan empat individu dalam MPV tersebut, termasuk tiga kanak-kanak maut akibat dirempuh Navara.

BACA >>> Kena Langgar Pemandu 'Stone' Dadah, Penunggang Melambung Atas Bumbung Bengkel

Seisi keluar dalam Vellfire itu dikatakan dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Menurut polis, MPV dinaiki keluarga itu sedang membelok masuk ke simpang kanan selepas lampu isyarat hijau sebelum mendapati kenderaan di sebelah kanan dari arah bertentangan berhenti secara tiba-tiba. Kemudian, trak pikap yang datang dari arah depan dipercayai tidak berhenti dan bertembung dengan MPV mangsa.

kemalangan-bentong-vellfire-navara-5
kemalangan-bentong-vellfire-navara-2

Mangsa yang maut ialah Raihan Mohamad, 43, seorang suri rumah dan tiga anaknya, Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan, 4. Pemandu MPV yang juga suami Raihan, Mohd Nazri Hamid, 43, seorang guru di Felda Aring 1, Gua Musang dan pemandu trak pikap itu hanya cedera ringan.

Jenazah empat beranak tersebut dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panchor, Pengkalan Chepa jam 9.50 pagi tadi.

Pemandu Navara itu kemudian disahkan polis positif dadah opiate, amfetamin dan metamfetamin. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.

BACA >>> 10 Peratus Pemandu Bas Pekerja Ambil Dadah?
BACA >>> #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah

kemalangan-bentong-vellfire-navara-1
kemalangan-bentong-vellfire-navara-2
kemalangan-bentong-vellfire-navara-3
kemalangan-bentong-vellfire-navara-4
kemalangan-bentong-vellfire-navara-5
kemalangan-bentong-vellfire-navara-6
kemalangan-bentong-vellfire-navara-7
kemalangan-bentong-vellfire-navara-8
kemalangan-bentong-vellfire-navara-9

SUMBER: PolisBentong

Related

890
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kemalangan Bentong, kemalangan maut, Nissan Navara, Toyota vELLFIRE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev