• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / DS4 - Kereta Paling Cantik 2022 Ini Datang dari Paris

DS4 - Kereta Paling Cantik 2022 Ini Datang dari Paris

February 20, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

569
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA tahun lalu, jenama DS pernah ditawarkan di pasaran tempatan seperti Citroën DS3, DS4 dan DS5. Dari segi sejarah, Citroën DS ialah model klasik ikonik yang mula dikeluarkan pada 1955 dan ditamatkan pada 1975.

Citroën kemudian menghidupkan DS sebagai subjenama premium pada 2009 dan dilonjakkan sebagai jenama tunggal pada 2014. Dengan model tersendiri, DS memasuki pasaran tempatan pada Jun 2019 menerusi pengenalan kenderan utiliti sukan (SUV) premium, DS7 Crossback pada harga RM199,888.

BACA >>> SUV Premium Serba Mewah, DS7 Crossback Kembali di Malaysia, Harga RM200k
BACA >>> DS 3 Crossback (2019) - SUV Premium dengan Rekabentuk Seni Perancis

Sesuai dengan penjenamaan, DS 7 bukan SUV biasa, tetapi berada dalam liga premium seperti BMW dan Mercedes-Benz. Pada April 2020, DS memperkemaskan tawaran DS7 Crossback yang dijual pada harga lebih tinggi, RM259,888.

Di peringkat global, DS berada di 41 negara dengan lebih 440 premis DS Stores serata dunia. Model ditawarkan terdiri daripada DS3 Crossback, DS4, DS7 Crossback dan DS9.

Sebagai  jenama sendiri, DS menawarkan barisan kenderaan dalam rekabentuk elegan dan perhatian kepada perincian. Falsafah rekabentuk DS menunjukkan hasil apabila DS4 generasi kedua diiktiraf sebagai Kereta Paling Cantik 2022 pada Festival Automobil Antarabangsa (IAF) ke-37.

Pengiktirafan tersebut sebenarnya koleksi ketujuh dimenangi DS Automobiles dalam lapan edisi IAF terdahulu. Antara anugerah diterima ialah Hadiah Utama Kereta Konsep Paling Cantik 2021 untuk DS Aero Sport Lounge dan Hadiah Utama Dalaman Paling Cantik 2018 (DS7 Crossback).

DS4 berada dalam segmen premium C dan diperkenalkan pada Februari 2021. Secara am rekabentuk model itu menggabungkan gaya sofistikated dan berseni. Walaupun moden, DS4 masih membawakan ciri klasik, ibarat pertembungan dua zaman.

BACA >>> DS Automobiles Bangunkan Teknologi Cegah Gejala Terlelap ketika Memandu

DS 4.01
DS 4.11

Berikut perincian mengenai DS4:

  • Bahagian depan membawakan identiti DS dengan lampu bergaris ke bawah, manakala bahagian sisi dipenuhi garis badan bagi menyerlahkan permukaan berdimensi. Bahagian belakang juga dipenuhi garisan yang tampak serius dan futuristik.

  • Papan pemuka model ini direka ringkas dan kemas tanpa menonjolkan unit infotainmen seperti dilakukan banyak pengeluar lain.
  • Panel pintu berbeza dengan membawa konsep garisan seperti luaran kereta.
  • Dari segi teknikal, DS4 ditawarkan dalam tiga pilihan enjin: petrol, diesel dan hibrid plug-in (PHEV).

  • Enjin petrol PureTech menawarkan tiga pilihan kuasa: 130hp, 180hp dan 225hp, manakala diesel BlueHDI berkuasa 130hp yang masing-masing dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Versi PHEV pula, DS4 E-TENSE menghasilkan kuasa 225hp menerusi gabungan enjin turbo 180hp dan motor elektrik 110hp. Apabila menggunakan mod elektrik penuh, DS4 mampu dipandu sejauh 48km.
  • Model tercantik 2022 ini dijual pada harga £25,350 (RM142,380) untuk varian DS4 Bastille+ PureTech 130 Automatic.

BACA >>> Stellantis Kini Pemilik Penuh Kilang Naza di Gurun, Pengeluaran Peugeot Kembali Aktif
BACA >>> Peugeot 508 Sport Engineered - Sentuhan Divisyen Prestasi Tinggi dari Perancis

DS 4.01
DS 4.02
DS 4.03
DS 4.04
DS 4.05
DS 4.06
DS 4.07
DS 4.08
DS 4.09
DS 4.10
DS 4.11
DS 4.12
DS 4.13

Related

569
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 37th Festival Automobile International, DS, DS 4, DS Automobiles, DS4, Festival Automobile International, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Most Beautiful Car of 2022, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev