• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: MINI Recharged, daripada Model Klasik Kepada Enjin Elektrik

#BikinKereta: MINI Recharged, daripada Model Klasik Kepada Enjin Elektrik

February 19, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

150
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERKEMBANGAN kenderaan elektrik (EV) di Eropah memang rancak yang mana pengguna di sana sudah mula menerima kehadiran model-model EV dan dapat dilihat pada angka jualan tahunan.

Menarik mengenai trenkuasa elektrik, ia boleh dimuatkan pada kenderaan klasik. Buktinya, sudah banyak projek tukar enjin kepada trenkuasa elektrik berjaya dilakukan dan terbaharu dilakukan MINI Plant Oxford.

BACA >>> MINI Electric First Edition Ada 15 Unit Sahaja di Malaysia, Harga RM238k

Mengimbau sejarah, MINI dihasil pereka autromotif British-Greek, Alec Issigonis dan dilancarkan pada 1969. Model itu dihasilkan pada era krisis minyak yang diilhamkan daripada beberapa idea seperti penjimatan bahan api dan mampu memuatkan empat penumpang, termasuk bagasi.

Justeru projek MINI Recharged dilihat dapat meneruskan legasi asal kereta MINI dengan cara yang lestari.

BACA >>> MINI Electric Kini di Malaysia dengan Ansuran Bulanan Serendah RM2.4k

Terdahulu, Mini pada 2018 pernah mempamerkan model klasik MINI Electric di Pameran Motor New York dengan mendapat reaksi positif hingga mendorong MINI Plant Oxford membangunkan dan menawarkan model itu kepada pemilik MINI klasik.

Memandangkan MINI klasik mempunyai nilai warisan tinggi, penukaran enjin lama kepada trenkuasa elektrik dibuat dengan teliti. Berikut perincian MINI Recharged:

BACA >>> MINI Electric - EV dengan Rupa Cooper Klasik, di Pasaran Hujung Tahun?

MINI Recharged.09
MINI Recharged.11
  • Enjin petrol asal digantikan trenkuasa elektrik.
  • Proses penukaran dibuat di Britain dan setiap unit mendapat nombor siri khas.
  • Penukaran dan pengubahsuaian dibuat supaya kondisi asal komponen seperti enjin lama ditanda dan disimpan untuk digunakan kembali (reversible dan retrofit).

  • Trenkuasa elektrik mempunyai kuasa hingga 90kW dengan pecutan 0-100kmj sepantas 9 saat.
  • Kuasa dibekalkan bateri voltan tinggi dengan jarak pemanduan sejauh 160km.
MINI Recharged.15
MINI Recharged.16
  • Panel meter analog kekal, tetapi ditambah tolok gear, suhu motor dan jarak pemanduan.
  • Penggunaan trenkuasa elektrik membolehkan kereta elektrik ini dipandu di kawasan tertentu di ibu kota London tanpa perlu membayar cas kesesakan.
  • Penukaran juga tidak memerlukan pendaftaran baharu.

Walaupun projek itu dibikin jauh di Britain, peminat tempatan juga boleh mendapatkan MINI elektrik dalam pakej moden. BMW Group Malaysia melancarkan MINI Cooper SE pada 2020 dengan harga RM218,380. Memandangkan Kerajaan mengecualikan duti import dan eksais serta rebat SST, harga MINI Cooper SE kini bermula RM178,241.

Model itu mempunyai kuasa 135kW (184 ps) dan tork 270Nm serta mampu memecut 0-100kmj sepantas 7.3 saat, manakala kelajuan maksimum 150kmj. Mengenai bateri pula, BMW Group Malaysia memberikan waranti 8 tahun atau jarak perbatuan 100,000km.

BACA >>> #BikinKereta: MINI Remastered Oselli Edition - Model Klasik Edisi Terhad Buatan Tangan
BACA >>> #PanduUji: Sebuah Kisah Sentimental Tentang MINI Cooper S Clubman

MINI Recharged.01
MINI Recharged.02
MINI Recharged.03
MINI Recharged.04
MINI Recharged.05
MINI Recharged.06
MINI Recharged.07
MINI Recharged.08
MINI Recharged.09
MINI Recharged.10
MINI Recharged.11
MINI Recharged.12
MINI Recharged.13
MINI Recharged.14
MINI Recharged.15
MINI Recharged.16
MINI Recharged.17
MINI Recharged.18
MINI Recharged.19
MINI Recharged.20
MINI Recharged.21
mini-electric-first-edition-malaysia-bg
Mini Electric First Edition_4
Mini Electric First Edition_8
Mini Electric First Edition_6
Mini Electric First Edition_2
Mini Electric First Edition_3
Mini Electric First Edition_13
Mini Electric_2
Mini Electric First Edition_5
Mini Electric First Edition_7

Related

150
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Alec Issigonis, EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Mini, MINI Electric, MINI Plant Oxford, MINI Recharged, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev