• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan NS Minta Parkir Khas di Lebuhraya Temiang-Pantai

Kerajaan NS Minta Parkir Khas di Lebuhraya Temiang-Pantai

January 31, 2022 By Wahid Leave a Comment

620
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Negeri Sembilan bercadang memohon Kerajaan Pusat membina kawasan letak kereta yang sesuai di Lebuhraya Temiang-Pantai yang menjadi tarikan ramai pengguna lebuh raya di situ.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berpendapat, aktiviti santai di lorong kecemasan lebuh raya, yang digelar 'New Zealand' itu nyata mengundang bahaya. Beliau berkata;

Kita tidak menyangka kawasan di lebuh raya Kerajaan Pusat itu menjadi tumpuan ramai ketika ini, untuk melihat keadaan gunung-ganang yang cukup menarik. Kita berasakan terdapat keperluan mewujudkan satu kawasan letak kereta demi keselamatan orang ramai dan pengguna lebuh raya itu."

Justeru dia meminta agar Kerajaan Pusat membangunkan tempat berhenti yang sesuai dan selamat di lokasi tersebut.

Permintaan Menteri Besar itu dibuat berikutan tindakan peserta beberapa kelab kereta yang menghentikan kenderaan mereka di lorong kecemasan untuk sesi berfoto hingga penganjur dipanggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberikan keterangan.

Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, polis sudah mengambil langkah memantau lokasi tersebut, termasuk mengingatkan pengguna lebuh raya itu bahawa tindakan menghentikan kenderaan bagi tujuan bergambar adalah menjadi kesalahan.

Pengguna Lebuhraya Temiang-Pantai juga dingatkan supaya tidak membuang sampah di situ.

Projek Lebuhraya Temiang-Pantai menelan belanja RM181.5 juta yang menyediakan laluan empat lorong dua hala sepanjang 1.6km dan dua lorong dua hala sepanjang 5.84km.

BACA >>> Parkir Lorong Kecemasan Lebuh Raya: Polis Panggil Ketua Kelab Datang Mengadap
BACA >>> Jadual Waktu Perjalanan (TTA) Tahun Baharu Cina untuk Pengguna Lebuh Raya PLUS

SUMBER: NSTOS.blogspot.com

Related

620
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Aminuddin Harun, Lebuhraya Temiang-Pantai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my