• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Honda Civic EP3 Type R - Ini Baru Betul-Betul Rare!

Honda Civic EP3 Type R - Ini Baru Betul-Betul Rare!

November 29, 2016 By Abang GYL 2 Comments

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Honda Civic EP3 Type RRUANGAN Bikin Kereta pada kali ini agak menarik apabila menampilkan Honda Civic EP3 Type R, model yang jarang kita dapat lihat di atas jalan raya.

Kami yakin ramai di antara anda yang mungkin tidak pernah terserempak dengan jentera ini memandangkan bilangannya agak terhad di pasaran Malaysia. Tambahan Honda Civic EP3 Type R tidak sepopular generasi Civic yang lain. Jika ada yang jual, pasti harganya ‘pergi meninggal’.

Jika ada yang pernah terserempak jentera ini sebelum ini, anda adalah salah seorang yang bertuah.

honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-18

RARE

Zaki Ismail adalah salah seorang pemilik Honda Civic EP3 Type R. Empunya jentera atau mahu dikenali sebagai Zaki Airbrush itu sebelum ini memiliki Honda Civic EK.

Dek minat yang mendalam terhadap jenama negara matahari terbit itu, Zaki Airbrush mengambil keputusan untuk bertukar kepada Honda Civic EP3 Type R. Kami sempat bertanya kepadanya kenapa memilik Civic EP3, jawapannya mudah. Rare!

Honda Civic EP3 Type RENJIN BERKUASA

Memandangkan Honda Civic EP3 Type R didatangkan dengan enjin yang cukup berkuasa, nadi asal dengan enjin K20A Type R berkapasiti 2.0L i-Vtec itu dikekalkan.

Bagaimanapun, beberapa perubahan atau penambahbaikan dilakukan bagi memastikan jentera ini kekal berkuasa. Antaranya kehadiran aci sesondol Toda A3 dan spring injap jenama Skunk2.

Ruangan enjin juga disusun kemas oleh pemiliknya selain diserikan dengan valve cover yang diwarnakan keemasan.

Manakala gas karbon yang terhasil dari enjin terus dihantar keluar menuju muffler J’s Racing yang bersedia menunggu di belakang. Meter Sequential Indicator pula diletakkan pada bahagian papan pemuka bagi membantu pemandu memantau perjalanan enjin.

Kuasa yang terhasil seterusnya disampaikan oleh kotak gear dilengkapkan dengan klac berprestasi tinggi OS Giken dwi plat terus ke bahagian roda. Tugas kestabilan jentera pula diserahkan kepada suspensi boleh laras GAB.

BACA >>> #Infografik: 9 Generasi Honda Civic, Hampir Separuh Abad Cipta Nama

Untuk tugas pemberhentian, jentera ini dipadankan dengan sistem brek Endless 6pot pada bahagian hadapan manakala yang asal di belakang bersama pelapik brek berketahanan suhu tinggi.

Apa yang anda dapat lihat sekarang, ruang dalaman jentera ini masih dikekalkan seperti sedia ada. Manakala bahagian luaran pula menerima penambahan dari segi bodykit facelift model 2004. Lebih tampak garang, bahagian roda dipadankan dengan rim Enkei RPF1 berukuran 17-inci dan dibaluti tayar Hankook Ventus RS3.

Macam mana, rare tak jentera ni?

FOTO Shah Bahulu & Allen Aznan

Honda Civic EP3 Type RSPESIFIKASI

Honda Civic EP3 Type R

ENJIN K20A 2.0L i-Vtec Type R
MODIFIKASI ENJIN Toda A3 cam, Skunk2 valve spring, muffler J’s Racing
ELEKTRONIK Asal, Defi Sequential Indicator
RODA Enkei RPF1 17 inci, tayar Hankook Ventus RS3 245/40R17
BREK Endless 6pot (depan), asal (belakang)
SUSPENSI GAB Adjustable
DALAMAN Asal
LUARAN Facelift 2004
PEMILIK Zaki Ismail@Zaki Airbrush – Zaki Design

GALERI

honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-12
honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-7
honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-5
honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-16
honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-20
honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-8
honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-9
Honda Civic EP3 Type R
honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-21
honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-11
honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-6
Honda Civic EP3 Type R
honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-14
honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-17
honda-civic-ep3-type-r_pandulaju-18
Honda Civic EP3 Type R

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, Honda Civic EK, Honda Civic EP3 Type R, Zaki Airbrush, Zaki Ismail

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev