PERODUA tiada rancangan menaikkan harga kereta jenama itu, sebaliknya mencari jalan mahu menurunkan harga komponen alat ganti.
Kedua-dua senario itu agak menarik jika mengambil kira senario harga bahan mentah dunia yang semakin meningkat sejak pertengahan tahun lalu.
BACA >>> CEO Perodua: Alza Generasi Baharu Masuk Pasaran Tahun Ini!
BACA >>> Kekurangan Bahan Mentah, Harga Tayar Baharu Naik?
Antara bahan mentah yang menyaksikan kenaikan harga lebih 20 peratus, tahun lalu ialah keluli, paladium dan rodium. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menjelaskan pendirian itu ketika membentangkan Perodua 2022 Outlook.
Beliau berkata;
Cabaran tahun ini adalah kenaikan harga bahan mentah. Harga keluli diramal naik lebih 20 peratus pada suku ketiga tahun lalu dan kami jangka harga bertambah 10 peratus lagi (atas peningkatan 20 peratus) pada suku pertama tahun ini.
"Di Perodua, kami tidak bercadang memindahkan kenaikan (kos bahan mentah) kepada pelanggan. Buat masa ini, berdasarkan pelan semasa dan kajian kompetitif, kami mampu serap sebarang kenaikan kos harga bahan mentah.”
Zainal Abidin turut mengulas mengenai isu kenaikan harga alat ganti;
Ramai pihak bercakap mengenai kenaikan harga alat ganti, tetapi bagi saya secara peribadi, adalah baik jika kami boleh kekal atau menurunkan lagi harga alat ganti untuk pelanggan.
“Ini masanya kita beri peluang kepada pemilik supaya servis kenderaan mereka selepas dua tahun perintah berkurung. Dalam dua tahun, mereka mungkin tidak berpeluang untuk servis kenderaan masing-masing.
“Kami juga berharap pelanggan Malaysia sedar, mengambil kesedaran daripada insiden banjir, dan kembali kepada pusat servis rasmi.
“Kami sedang kaji, jika boleh walapun cabaran besar dan sukar untuk menawarkan harga alat ganti lebih kompetitif kepada pelanggan.”
BACA >>> Perodua Terima 2,103 Kes Kereta Banjir, Cuba Baik Pulih Secepat Mungkin
BACA >>> CEO Perodua: Pengeluaran Alza Akan Dihentikan Menjelang April 2022
BACA >>> Perbandingan: Perodua Myvi (2022) vs Proton Iriz, Mana Satu Pilihan Anda?
BACA >>> Perodua Ativa (2021) Tidak Guna Tayar SUV, Ini Sebabnya
Leave a Reply