• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Pemandu SUV Maut Jatuh Jambatan Pulau Pinang, Lelaki Dipenjara 3 tahun, Denda RM10k

Kes Pemandu SUV Maut Jatuh Jambatan Pulau Pinang, Lelaki Dipenjara 3 tahun, Denda RM10k

January 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEKAS pekerja salun, M Vaitheswaran, 23, dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian seorang pelajar kolej, tiga tahun lalu.

Kes itu tular di media sosial apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu mangsa dilanggar hingga terjunam ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang.

BACA >>> Kajian: Pemandu UK Suka Cari Privasi dalam Kereta Sepanjang Musim Kuarantin

Hukuman diputuskan Hakim Mahkamah Majistret Bukit Mertajam selepas mendengar hujah pihak pendakwa yang dapat membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Mahkamah juga memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung lima tahun.

Vaitheswaran didakwa memandu kereta jenis Toyota Vios secara berbahaya hingga menyebabkan kematian, Moey Yun Peng apabila SUV dipandu mangsa hilang kawalan dan terhumban ke dalam laut kira-kira jam 2.54 pagi pada 20 Januari 2019.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda hingga RM20,00 serta boleh hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

Usaha menarik keluar kenderaan dan mayat Yun Peng dari dasar laut mengambil masa lebih 24 jam dan dikeluarkan pada petang Selasa, 22 Januari tahun itu.

BACA >>> Proton Daftar X80, X90, SUV Baharu dan Pengganti Exora Bakal Muncul?
BACA >>> Toyota Laris Sepanjang 2021! Vios, Hilux Kekal Model Paling Popular
BACA >>> Mana-Mana Rancak, Mat Rempit Buat Aksi Superman di Jambatan Pulau Pinang

SUMBER: Utusan

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahzal Fariz Ahmad, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, Jambatan Pulau Pinang, M. Vaitheswaran, Moey Yun Peng, Mohammad Nazri Abdul Rahim, SUV Humban Ke Laut, Toyota Vios

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my