• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Repsol Honda Sahkan Marquez Akan Beraksi di Sepang

Repsol Honda Sahkan Marquez Akan Beraksi di Sepang

January 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA pasukan MotoGP kini sibuk membuat persiapan untuk permulaan musim 2022 yang mana ujian pra-musim dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 4 dan 5 Februari ini.

Memandangkan masa semakin suntuk, Repsol Honda semalam secara rasmi mengesahkan Marc Marquez diberikan lampu hijau daripada doktor mengenai tahap kesihatannya dan bakal berada di trek Sepang untuk menguji jentera RC213V baharu.

BACA >>> Marquez Tidak Hadir Sesi Pengenalan Pelumba Honda untuk MotoGP 2022?

Juara dunia MotoGP lapan kali itu kini giat berusaha memulihkan dirinya sebaik mungkin. Walaupun banyak perkara masih samar, Marquez tidak bercakap banyak dan fokus kepada latihan seperti biasa.


Pada pertengahan bulan ini, dia sudah mula berlatih menunggang motocross sebelum dilihat beraksi di litar di Portimao. Kenyataan Repsol Honda berkata:

Sepanjang musim sejuk, Marquez meneruskan pemeriksaan kesihatan dan konsultansi untuk memantau masalah penglihatan berganda (diplopia). Sejak beberapa minggu lalu, kondisi bertambah baik dan pasukan perubatan memutuskan pemulihan sudah cukup untuk Marquez kembali berlatih menunggang.

“Penunggang #93 mula-mula kembali ke trek motocross sebelum mencuba Honda RC213V-S di Portimao dan Honda CBR600RR di Aragon.

“Isnin lalu, 24 Januari, Marquez menjalani satu lagi pemeriksaan kesihatan yang mengesahkan semula rawatan diterimanay sebagai sukses dan juara dunia lapan kali itu berada dalam keadaan sesuai untuk menunggang jentera MotoGP.”

BACA >>> Marquez Tidak Akan Sertai GP Valencia, Gegaran Otak Buat Penglihatan Berganda
BACA >>> Marquez: Mata Aku Tak Ada Masalah

Kata Repsol Honda lagi:

Marquez akan memulakan kempen 2022 dengan ujian rasmi pertama MotoGP di Sepang sebelum ke Mandalika, Indonesia minggu seterusnya.

“Ini akan jadi kali pertama Marquez kembali menunggang jentera MotoGP sejak memenangi GP Emilia Romagna 2021."

BACA >>> Juara WorldSBK 2021, Toprak Sertai Yamaha untuk MotoGP 2023?
BACA >>> SRT Jadi Pasukan Bebas MotoGP 2022!
BACA >>> Jentera Lumba WithU Yamaha RNF Team Debut Di Itali, Bakal Beraksi Di Sepang

SUMBER:  RideApart | MotoGP

Related

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2022 MotoGP, Honda CBR600RR, Honda RC213V-S, Marc Marquez, MotoGP, Pasukan Repsol Honda, Repsol Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev