• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas Hilang, Pemandu e-Hailing Ditemui Patah Tangan

Selepas Hilang, Pemandu e-Hailing Ditemui Patah Tangan

January 27, 2022 By Farah Leave a Comment

252
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU-baru ini, media tempatan melaporkan mengenai kejayaan Unit Anjing Pengesan (K9) Kontinjen Perak dengan bantuan  anjing jenis German Shepherd bernama Rocky mengesan seorang pemandu e-hailing yang hilang sejak Ahad lalu selepas meninggalkan kenderaannya di satu perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Kapur, Ulu Geruntum, Perak.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditemui jam 2.30 petang dalam keadaan lemah pada Isnin lalu atas bukit dekat kawasan perkuburan Orang Asli .

Namun, apa yang mengejutkan lelaki tersebut ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan dekat jejambat Kopisan, Gopeng awam pada jam 6.30 pagi, semalam.

Menurut polis, mangsa ialah lelaki sama yang dilaporkan hilang, Ahad lalu. Akibat kemalangan itu, lelaki tersebut patah tangan kanan dan luka di bahagian badan.

Menurut temu bual polis, lelaki tersebut mendakwa dilanggar kenderaan tidak dikenal pasti, dan setakat ini belum menerima laporan mengenai kemalangan itu.

Sebelum kemalangan, adik mangsa mendakwa selepas abangnya itu mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, mereka mendaftar masuk hotel di Gopeng untuk berehat sebelum pulang ke Pulau Pinang. Bagaimanapun, abangnya keluar awal pagi tanpa pengetahuannya dan hanya disedari selepas dihubungi polis.

Sementara itu, hasil semakan pihak hospital, polis mendedahkan lelaki itu ialah pesakit mental dan sudah mendapat rawatan perubatan sejak setahun lalu di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Bisikan halus yang mendesak lelaki itu membunuh diri dikatakan menjadi punca lelaki tersebut bertindak sedemikian," kata sumber polis.

Pada Ahad lalu, sebuah kereta ditemui berhampiran perkampungan Orang Asli Sungai Kapur, Ulu Geruntum Ahad lalu dalam keadaan tidak berkunci. Pemilik kereta turut meninggalkan beberapa barangan peribadi seperti kad pengenalan, pasport antarabangsa dan telefon bimbit.

BACA>>> Pemandu e-Hailing Ditikam Hingga Seluar Terlondeh, Disamun Pelanggan?
BACA>>>  Lingkaran Dr Strange Muncul di Parkir KL dan Lenyapkan Seorang Lelaki Jadi Misteri

SUMBER: Kosmo

Related

252
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, hilang, kemalangan, pemandu E-Hailing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev