• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / WithU Yamaha RNF Team Tayang Jentera Lumba di Itali, Bakal Debut di Sepang

WithU Yamaha RNF Team Tayang Jentera Lumba di Itali, Bakal Debut di Sepang

January 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN 2019 menyaksikan detik permulaan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas SRT) menyertai Kejuaraan Dunia MotoGP. Pada musim itu, pasukan tersebut dilihat memiliki masa depan cerah menerusi penyertaan dua pelumba Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo yang beraksi cemerlang.

Ramalan mula bertukar pada pertengahan musim 2021 apabila Quartararo dan Morbidelli dikeluarkan daripada Petronas SRT dan dipindahkan ke pasukan pengilang Yamaha. Kekosongan Petronas SRT itu kemudian diisi dengan pelumba legenda, Valentino Rossi yang  bergandingan dengan Andrea Dovizioso.

BACA >>> Racing Boy (RCB) Taja Yamaha RNF MotoGP Team Tiga Musim, Mula Tahun Ini

WithU Yamaha RNF Team - 1
WithU Yamaha RNF Team - 9

Mendekati akhir musim MotoGP 2021, Petronas memutuskan untuk tidak meneruskan tajaan dan situasi itu memerlukan Yamaha dan bos SRT, Datuk Razlan Razali mencari penaja baharu.

Kemudian, jenama telekomunikasi Itali, WithU tampil membantu yang membentuk nama pasukan WithU Yamaha RNF Team. Terbaharu, pada 24 Januari lalu, pasukan baharu itu memperkenalkan barisan jentera Yamaha YZR-M1 dalam acara khas di Philharmonic Theater di Verona, Itali.

BACA >>> Darryn Binder Sertai Pasukan RNF MotoGP Musim Depan, Yamaha Bekal Jentera YZF-M1

WithU Yamaha RNF Team - 0
WithU Yamaha RNF Team - 2

Sudah tentu logo WithU dengan warna jenama itu mendominasi keseluruhan jentera lumba RNF MotoGP Team dengan setiap satu memaparkan nombor 04 dan 40 untuk duo pelumba pasukan tersebut.


Darryn Binder ialah pelumba kedua yang beralih kelas dari Moto3 ke MotoGP tanpa perlu melalui Moto2. Sebagai makluman, abang Binder, Brad Binder ialah pelumba veteran KTM MotoGP.

WithU Yamaha RNF Team - 7
WithU Yamaha RNF Team - 5

Dovizioso pula menyatakan kesediaan untuk bersaing musim tahun ini dan sudah menjalani banyak latihan di gimnasium, termasuk berlatih menunggang dirt bike.

Aku kenal sangat motor ini, team dan engineer. Aku dah bersedia nak ambil bahagian dalam ujian di Malaysia. Dua tahun lepas, kita orang tak dapat race kat sana (Malaysia). Jadi, aku rasa happy sangat dapat pi Sepang.”

BACA >>> RNF MotoGP Racing Bukan 'Razlan and Friends', Tapi....
BACA >>> SRT kini Jadi RNF MotoGP Racing, Akan Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026
BACA >>> Juara WorldSBK 2021, Toprak Sertai Yamaha untuk MotoGP 2023?
BACA >>> Replika Mirip YZR-M1 Rossi Bersama Petronas SRT Bakal Dilelong, Harga Dijangka RM347k!

SUMBER: RideApart | Motociclismo

Related

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Andrea Dovizioso, Brad Binder, darryn binder, Fabio Quartararo, franco morbidelli, KTM MotoGP, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas SRT), Philharmonic Theater, Yamaha YZR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev