• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CEO Perodua: Alza Generasi Baharu Masuk Pasaran Tahun Ini!

CEO Perodua: Alza Generasi Baharu Masuk Pasaran Tahun Ini!

January 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENANTIAN rakyat Malaysia untuk melihat ketibaan model kenderaan pelbagai guna (MPV) baharu sebagai pengganti Perodua Alza bakal berakhir tidak lama lagi.

Perkara itu semakin jelas apabila Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad mengesahkan pengeluaran Alza sedia ada akan dihentikan secara rasmi menjelang April ini.

Walaupun tidak menjelaskan masa model MPV segmen-B itu akan menjengah pasaran, tetapi Zainal Abidin memberikan petunjuk secara tidak langsung yang menggambarkan Alza baharu sedang menunggu masa sesuai dilancarkan.

Harap-harap peralihan antara Alza lama dan Alza baharu akan berjalan lancar.

Sebelum ini, Perodua pernah menyatakan Alza akan dihentikan pengeluaran bermula Januari 2022, tetapi pengeluar itu tetap masih meneruskan jualan.

BACA >>> Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?

Daihatsu Xenia - 0
Toyota Avanza - 2

Zainal Abidin turut membentangkan sebab MPV berusia lebih sedekad itu terpaksa dilanjutkan pengeluaran selepas menerima kelulusan.Antaranya, masih ada 3,200 unit tempahan Perodua Alza masih belum diserahkan kepada pembeli disebabkan beberapa kekangan dihadapi tahun lalu.

Spekulasi bertiup kencang dan beberapa laporan menyatakan Alza baharu akan dibina menggunakan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA) dengan kod nama D27A. Mungkinkah Alza yang bakal dilancarkan itu adalah jelmaan

Toyota Avanza/Daihatsu Xenia generasi ketiga di Indonesia?

Avanda dan Xenia menggunakan platform DNGA sama seperti Perodua Ativa, dilengkapi sistem pacuan roda depan. Model generasi sebelumnya dipacu roda belakang.

Toyota Avanza - 0
Toyota Avanza - 1

 

Ada tiga pilihan enjin Avanza di Indonesia iaitu:

  • 1.3L: 4-silinder sebaris 16 injap 1,329cc DOHC dengan teknologi DVVT-i berkuasa 96.6hp @ 6,000rpm dan tork 121Nm @ 4,200rpm. Transmisi manual 5-kelajuan.
  • 1.5L: 4-silinder sebaris 16 injap 1,496cc DOHC dengan teknologi DVVT-i berkuasa 104hp @ 6,000rpm dan tork 137Nm @ 4,200rpm. Transmisi manual 5-kelajuan atau DCVT.

Xenia pula menawarkan trenkuasa sama seperti Avanza tetapi dengan lebih banyak pilihan enjin 1.3L  dengan transmisi CVT.

BACA >>> Spesifikasi Toyota Avanza (2021), Veloz Bocor Selepas Debut Mitsubishi Xpander
BACA >>> Toyota Avanza Generasi Baharu Masuk Pasaran Filipina Mac 2022
BACA >>> Kembar Toyota Avanza, Daihatsu Xenia (2019) Kini Ada Varian Enjin 1.5L
BACA >>> Mungkin Terpesona, Waja Terlanggar 'Proton X90' Sedang Dipandu Uji

Related

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA), D27A, Daihatsu Xenia, Datuk Zainal Abidin Ahmad, MPV segmen B, Perodua Alza, Toyota Avanza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev