PENGGUNA lebuh raya berpeluang membuat bayaran tol menggunakan mana-mana penyedia pembayaran digital dan bukan hanya Touch 'n Go (TnG).
Ini kerana penggunaan kad TnG untuk akses tol lebuh raya akan ditamatkan pada 2025, manakala lorong SmartTAG akan dimansuhkan berperingkat. Perkara itu dinyatakan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam temu bual dengan portal Free Malaysia Today.
BACA >>> Kerajaan Arah PLUS, TnG Kemukakan Justifikasi Harga RFID RM35
Beliau berkata;
Tidak lama lagi, terpulang kepada orang ramai untuk menggunakan mana-mana mod pembayaran digital - sama ada mahu menggunakan Touch 'n Go eWallet, kad debit, kad kredit, Visa, Mastercard atau apa-apa jenis sistem pembayaran (elektronik), selagi terdapat pautan yang tersedia di lebuh raya."
Menurutnya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang berusaha memastikan orang ramai dapat menggunakan kaedah pembayaran secara atas talian.
Kami sudah mendengar permintaan rakyat untuk membuka lebih banyak (pembayaran atas talian) dan kami sedar orang ramai merungut mereka perlu membayar lebih awal untuk Touch 'n Go sama ada guna (lebuh raya) atau tidak.”
Bagaimanapun, pelaksanaan itu tertakluk kepada kadar penggunaan RFID selepas mencapai kadar memuaskan dan apabila syarikat konsesi lebuh raya bersedia dengan penyedia pembayaran dalam talian tambahan. Apabila dilaksanakan, cuma satu tag RFID diperlukan untuk tujuan itu.
Syarikat konsesi lebuh raya diarahkan bersedia melaksanan sistem aliran bebas berbilang lorong (MLFF) menjelang 2025 iaitu tanpa palang, dan pondok tol, termasuk lorong khas. Lorong MLFF itu kelak akan menggunakan struktur gantri yang dilengkapi teknologi pengecaman plat nombor automatik (ANPR) di lokasi tertentu.
Fadillah berkata:
Jika kami rasa akan ada sedikit kelewatan beberapa syarikat konsesi lebuh raya, kami mungkin mempertimbangkan model pelaburan swasta atau inisiatif kewangan swasta untuk mengambil alih (sistem MLFF).
"Model pelaburan swasta ialah sistem terbuka. Seperti anda lihat ada banyak lebuh raya negara ini dan semua sistem perlu disepadukan. Jika kita lihat di Singapura dan Taiwan, mereka ada kawalan autoriti tunggal.”
Bagaimanapun, ada beberapa perkara perlu diperhalusi LLM sebelum melaksanakan sistem MLFF, iaitu dari segi:
- Peraturan
- Prosedur penguatkuasaan
- Pembangunan infrastruktur
- Kadar penembusan RFID
- Pelan komunikasi untuk pelaksanaan MLFF
Fadillah menjelaskan sistem MLFF ialah faktor utama dalam rangka tindakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) untuk rangkaian lebuh raya masa depan. Peringkat perintis ANPR sedang dilakukan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).
Kami juga sedang melihat cadangan untuk perkongsian awam-swasta atau PFI, tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan syarikat konsesi LEKAS dan satu lagi projek perintis di Lebuhraya Besraya tidak lama lagi.”
BACA >>> Kerajaan Gesa Konsesi Beri Pilihan RFID, SmartTAG dan TnG untuk Tol Lebuh Raya
BACA >>> Menteri Gesa PLUS, TnG Selesaikan Isu RFID!
BACA >>> TnG, SmartTag Mungkin Dihentikan Penghujung 2023
Leave a Reply